Saturday 30 March 2013

Hidup & Pelangi (bab 1)







     Arina menarik nafas bahagia. Mahu tak bahagia, SPM dah habis. Bermakna segala pantang larang papa telah terbatal dengan sendirinya. Alhamdulillah!

     Perkara pertama yang Arina lakukan sebaik sahaja pulang dari sekolah adalah menghidupkan Miss. Pinky. (Miss Pinky - lappy kesayangan yang berwarna merah jambu) Akaun facebooknya yang sebelum ini terpaksa dinyahaktifkan akan dihidupkan kembali in like, NO TIME!

     Tekan sana, tekan sini. Siap.

     "Done!" jerit Arina dari dalam bilik. Datin Aina yang berada betul-betul di hadapan pintu bilik anak tunggalnya itu tidak jadi masuk. Biarlah budak itu layan perasaannya terlebih dahulu. Lapar nanti, tahulah dia turun cari makan.

     Tidak sampai lima minit akaun facebooknya diaktifkan kembali, menyala-nyala segala kolum di dashboard. 

     44 friend requests.

     1 message.

     1001 notifications.

     Alah, itu semua zaman Kesultanan Melayu Melaka punya cerita. (zaman sebelum akaun facebooknya dinyahaktifkan) Kalau dilayan semuanya, mahu mati kebulur dia petang itu. Sebelum perut aku main lagu rock, lebih baik aku pergi makan dulu, fikirnya.

     Tanpa sempat log out akaun Facebooknya, Arina terus melangkah ke ruang makan di tingkat bawah.



     "Hah, dah lapar ye?" tegur Datin Aina yang kebetulan baru masuk lewat pintu belakang. Baru habis rutin harianlah tu. Petang-petang, duduk bersembang dengan bunga-bunga ros di taman mininya. Kes tak ada kerja!

     Arina tersengih bak kerang sederhana, tak wangi sangat dan tak busuk sangat. Bau busuk peluh telah dineutralkan dengan minyak wangi mamanya. Minyak wangi dia dah lama habis. Macam mana tak habis, setiap kali keluar dating pasti disemburnya minyak wangi itu ke seluruh badannya sampai tak ingat dunia. Membazir betul!

     Menu minum petang pada petang itu adalah teh strawberry dan chocolate cake. Semua hasil tangan mamanya sendiri. Awal-awal pagi tadi, sebelum berangkat ke sekolah, dia sempat demand nak makan kek dengan mamanya. Datin Aina main angguk-angguk aje. Orang sayang anaklah katakan.

     Piring dan cawan yang telah kosong diangkut ke singki. Belum sempat dia capai span dan sabun, Datin Aina bersuara.

     "Dah, tak payah basuh. Pergi naik mandi. Semua ni biar mama basuh."

     "Biar betul mama ni?" soal Arina bagaikan tidak percaya. Tak pernah-pernah mamanya ini. Selalunya mama yang paling bising kalau dia tak basuh pinggan dan cawan yang digunakannya sendiri. Tetapi hari ini, mama siap volunteer tolong basuhkan lagi. Entah apalah yang mama bualkan dengan cik ros kat luar tu sampai mama berubah 180 darjah begini. Tersampuk semangat ros apa? Eh, kurafatlah kau Arina!

     "Betullah. Tapi kali ini aje tau, itu pun sebab kamu baru habis SPM, esok-esok macam biasa balik. Faham?"

     "Hehehe. Thanks mama. I love you."



     Selesai mandi, Arina mengeringkan rambutnya. Mengeringkan rambut depan Miss. Pinky ya. Siap mengadap facebook lagi. Inilah namanya buat kerja sambil menyambil. Tak apa, janji kerja jalan.

     Tiba-tiba ada satu mesej masuk. Wawa!

Wawa : Rina, kau ingat Redza?
Arina   : Redza? Redza mana? serius aku lupa
Wawa : Alah, kau ni! Syed Redza. Ketua pengawas kita dulu tu.
Arina   : Oh. aku tahulah kita ada ketua pengawas tapi tak pernah pulak aku tahu nama dia
Wawa : Kau friends dengan dia tak?
Arina   : Tak kut. aku kenal dia pun tak
Wawa : Kau ni, pergilah add dia.
Arina   : Tak nak lah. Aku tak kenal dia. Rupa dia macam mana pun aku tak tahu.
Wawa : Ala. Yang selalu berkepit dengan Adi tu.
Arina   : Adi aku ingatlah. Redza... Ha, dah ingat dah! Mamat poyo tu kau nak aku add? Kirim salam.
Wawa : Wei, dia baiklah!
Arina   : Baiklah sangat. baik kot belah mana? cer citer cer citer
Wawa : Add him, then you'll know. Aku suka baca status dia. Banyak berunsur ketuhanan dan motivasi.
Arina   : Fine. kalau tak kena 'selera' aku, aku remove balik

     Search : Syed Redza

     Scroll down.

     Hah, ada pun! Add friend. Friend request send.

     Tak sampai lima minit, muncul notification baru.

     Syed Redza has accepted your friend request. Write on his wall.

     Write on his wall? Tak payah. Tapi dia tetap 'melawat' wall facebook Syed Redza.

 Status 1 : Dalam hati setiap wanita yang bergelar Muslim itu sepatutnya memang tidak berbelah bahagi diserahkan kepada DIA. Tiada belah bahagi untuk mengatakan yang DIA adalah segalanya, lebih daripada yang lain. Pada DIA diletakkan ketakutan. Pada DIA diletakkan harapan. Pada DIA diletakkan kepercayaan. Pada DIA dipohon pertolongan. Pada DIA dipintakan kasih sayang. Hanya DIA.

Status 2 : Sama juga kalau untuk contoh lelaki. Kalau baca Al-Qur'an hari-hari, tapi main bola nampak kepala lutut, tak cukup baik lagi. Atau kalau solat lima waktu sehari semalam tapi pegang tangan anak dara orang bukan mahram sesuka hati, tu belum cukup baik lagi.

Status 3 : You'll never reach perfection because there's always room for improvement. Yet get along the way to perfection, you'll learn to get better.

Status 4 : Bukan mudah untuk berubah... dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.

Status 5 : Kalau ada kemahuan dan usaha, 'halangan' tu adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa.

     Habis kelima-lima status itu dibaca, baru Arina tersedar sesuatu. Semua status yang diupdate oleh 'mamat' poyo itu adalah quotes daripada penulis kegemarannya. Dia pun minat Hlovate? Arina senyum. Ini namanya jodoh. Cewah, tadi bukan main kau maki dia. Tiba-tiba mengaku jodoh. Mangkuk betul.

     Like.

     Like.

     Like.

     Wait, wait, wait! Kalau semua status dia kau like, tak nampak sangat ke kau stalk dia? Hei, jangan buat malu anak dara Datin Ainalah!

     Unlike.

     Unlike.

     Unlike.

     Terserlah budak Arina ini tak ada kerja. Apa-apa ajelah!

p/s: Siap jugak bab 1. Bolehlah online muka buku balik. Ingatkan dah kalah dengan Cik Ungu sebab dia dah lama start sedangkan aku baru nak mula. Tapi modem broadband dia buat hal. Rezeki I lah ye Cik Ungu. Hehehe.

~ love, Cik Elle ~

No comments:

Post a Comment

Followers