By : Leeya Shuib
SEBAIK sahaja meletakkan tanda noktah di penghujung ayat terakhir perenggan terakhir itu, Farah Aulia melompat turun daripada katilnya. Seronok bukan main dia hari ini. Sepanjang sebelas tahun bergelar pelajar sekolah, boleh dikatakan hampir tiap-tiap hari dia disajikan dengan ayat 'usaha tangga kejayaan'. Tetapi, hari ini, jam ini, minit ini dan saat ini, barulah dia dapat melihat kebenaran dan rasional di sebalik kata-kata itu. Manuskrip novel pertamanya sudah siap!
Habis lenguh satu badannya. Macam mana tak lenguh, dari tadi pagi dia mengadap komputer ribanya itu. Farah Aulia melakukan senaman ringan untuk meredakan ketegangan otot yang dirasakannya. Kemudian, laju dia mencapai telefon bimbit di atas meja. Nombor telefon Cik Hanis, editor tidak bertauliah lagi tidak berbayarnya didail.
Trutt. Trutt.
"A..."
"Hello! Farah, dah siap bab akhir?" kedengaran suatu suara yang begitu teruja di hujung talian. Amboi, belum sempat bagi salam sudah kena terjah!
"Hang sabaq sat boleh dak? Aku nak bagi salam ni!" marah Farah Aulia. Keluar habis dialek Kedahnya yang super duper pekat itu.
"Oh. Okey. Okey." Di hujung talian, Hanis sudah tersengih-sengih menahan malu. Dia langsung tidak ambil hati apabila dimarah sebegitu rupa. Salahnya juga.
"Assalamualaikum," ucap Farah Aulia sepatah.
"Waalaikummussalam w.b.t." balas Hanis berpatah-patah
"Hah, macam tu la Gadis Melayu. Sopan santun lagi ayu."
Mereka berdua tertawa serentak. Dua saat. Tiga saat. Empat saat. Cukup lima belas saat, tawa mereka terhenti. Ada hal yang lebih penting daripada mentertawakan benda yang langsung tidak kelakar seperti yang sedang mereka lakukan sekarang.
"Hanis, aku dah emelkan bab terakhir tu pada kau. Kau buat lah apa yang patut ya," ujar Farah Aulia.
"Aye aye, captain!"
Hanis mengangguk-angguk. Tangan kanannya diletakkan di kepala, gaya askar membuat tabik hormat. Sungguh over! Macamlah si Farah Aulia tu boleh nampak. Lainlah jika mereka sedang berWeChat seperti Lisa Surihani dan Shaheizy Sam itu.
"Okey. Thanks. Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam."
Tut. Sesaat cuma, talian telefon dimatikan. Farah Aulia mengemas katilnya. Baru berniat hendak melangkah keluar, dia menguap. Terpandang pula bantal yang kelihatan begitu menggoda kala itu, sungguh imannya tidak kuat. Jam di dinding dikerling sekilas. Ada lagi lima minit sebelum masuk waktu Asar. Sempat lagi ni. Manalah tahu boleh berjumpa dengan mana-mana hero novel yang pernah dibacanya. Dapat jumpa Tengku Adam Kamil, bahagia setahun dia!
**********
HAMPIR bersilat dia sebaik sahaja terjaga daripada tidur. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 7.15. Malam okey, malam! Asar sudah hampir ghaib. Sudah hampir masuk waktu Maghrib pun. Lama betul dia tidur. Gila!
Perlahan-lahan dia bangun daripada baringnya. Duduk di birai katil dan kemudian berbaring semula. Eh, tak boleh jadi ni! Digagahkan juga dirinya berdiri. Tuala dicapai dan bilik mandi dituju. Lepas mandi nanti mesti segar.
Keluar dari bilik mandi, Farah Aulia segera memakai pakaian solatnya. Dia kelihatan begitu menawan apabila sehelai jubah putih bersulam benang emas yang dihadiahkan arwah neneknya dikenakan ke badannya.
Telekung dipakai. Sejadah dibentang. Segera dia menunaikan solat Asar diikuti dengan solat Maghrib apabila masuk waktunya. Walaupun dari luar dia kelihatan seperti sedikit rock, namun jiwanya masih jiwa seorang muslimah. Pesan terakhir arwah mamanya sentiasa tersemat di dada. Solat itu tiang agama. Apa pun yang dia lakukan, jangan sesekali meninggalkan solat.
Baru dia hendak membuka komputer ribanya, telefon bimbitnya bergegar. Dibelek skrin telefon.
1 message received.
Farah, jom jalan esok.
Malas.
Anisah, berjalan aje kerjanya. Farah Aulia, malas aje kerjanya.
Jomlah.
Malaslah.
Aku belanja kau Domino's Pizza esok.
Serius?
Seriuslah! Asalkan kau teman aku esok.
Aye aye, captain!
Anisah mencebik. Dengar Domino's Pizza terus hilang penyakit malas dia tu. Bankrup la aku kalau hari-hari begini. Hmm...korek tabunglah dia nampak gayanya malam ni.
**********
FARAH Aulia menjeling Anisah. Kes ni dia bersungguh-sungguh menyogok aku dengan Domino's Pizza? Semata-mata nak jadikan aku tukang cover line? Bimbo sungguh minah ni!
Farah Aulia bangun mendadak. Dua pasang mata memandang tepat ke arahnya.
"Excuse me." Terus dia bangun mengatur langkah ke bilik air. Tidak sanggup dia berlama-lama di situ. Sudah tak tertanggung dosa matanya menyaksikan aksi lovey-dovey merpati dua sejoli itu.
Di bilik air, dia membasahkan mukanya dengan air. Mengantuknya minta ampun. Kalau tak teringatkan Domino's Pizza yang dijanjikan oleh Anisah, sekarang juga dia pecut balik rumah. Lama dia bertafakur di depan cermin. Tiba-tiba muncul suatu lembaga di dalam cermin, berdiri betul-betul di belakangnya.
"Arghhh!"
Mengekek Anisah ketawa. Teruk juga respons sepupunya itu apabila terkejut. Nasib baik pemegang tali pinggang hitam itu tidak buka langkah tadi. Kalau tidak, mahu sebulan lebih juga si Anisah tersadai di wad kecemasan HKL.
"Eiii, kau ni." Farah Aulia angkat tangan hendak memukul lengan Anisah tetapi cepat-cepat gadis itu mengelak.
"Alaa, janganlah marah. Jom, jom. Kitorang nak gi tengok wayang ni." Lengan Farah Aulia dipeluk. Farah Aulia masih berdiri tegak di tempatnya. Anisah berpaling memandang sepupunya itu.
"Aku nak baliklah. Kau dengan dia asyik berkepit je. Aku diabaikan. Bosan dowh!" laju Farah Aulia mengadu.
"Alaa, jomlah. Aku jamin lepas ni kau tak akan bosan lagi dah. Aku akan pastikan ada orang layan kau lepas ni," bersungguh-sungguh Anisah meyakinkan Farah Aulia. Farah Aulia memandang wajah teruja sepupunya itu. Boleh pakai ke dia ni punya jaminan? Dalam duk ragu-ragu tu, kakinya tetap melangkah laju mengekori Anisah.
Sampai di hadapan panggung, Zahid sudah sedia menanti mereka. Di sisinya, berdiri seorang jejaka yang boleh tahan kacaknya. Farah Aulia memandang Anisah. Dia menghantar soalan lewat anak matanya. Siapa?
Anisah mendekatkan bibir ke telinga sepupunya. "Your date." Seraya dengan itu, Anisah terus memeluk lengan Zahid dan berjalan masuk ke dalam bilik tayangan.
Farah Aulia mengetap bibir. Sengal punya Bimbo!
"Fawwaz. You?" ujar jejaka tadi dengan senyuman manis menemani bibirnya.
Farah Aulia tayang fake smile. Dia sudah tiada mood waktu itu. Tetapi orang berbudi, haruslah dia berbahasa.
"Farah."
"Nice name," puji Fawwaz.
"Shall we?"
Farah Aulia mengangguk. Mereka melangkah masuk ke dalam bilik tayangan.
**********
MUNCUNG ditarik panjang sedepa. Okey, Donald Duck secara rasminya boleh bersara! Dah ada pengganti yang lebih pandai buat muncung itik mengalahkan itik itu sendiri. Haha...
"You don't seem happy," tegur Fawwaz.
"Sorry, I memang jenis yang membosankan."
Nampak sangat ke? Dia mengeluh perlahan sebaik terpandang wajah Fawwaz yang terpancar riak kecewa. Diusahakan juga wajahnya biar terlihat manis. Farah Aulia tersenyum nipis.
"No no no. You salah faham ni. I tengah bengang dengan si Nisa tu sebenarnya. Kita orang sepatutnya ada plan lain lepas ni, tapi dia tu bila jumpa boyfriend semua benda lupa." Dia jeda seketika apabila melihat Fawwaz yang masih tiada respons. Ligat pula otaknya berfungsi.
"Lagi pun, I dah biasa keluar dengan lelaki yang membosankan. Dah immune!"
Pecah tawa mereka berdua. Mata bertentang mata, Farah Aulia malu sendiri. Jam tangan dikerling. Dah pukul 9 malam ni. Budak tu tak nak balik ke? Telefon bimbit dicapai. Didailnya nombor telefon Anisah.
"What?!" tinggi suaranya bertanya. Dia dah cukup sabar menunggu sampai pukul 9, tiba-tiba Anisah suruh tunggu lagi sejam. Melampau!
"Aku tak kira, aku nak balik sekarang jugak!" Farah Aulia memberi kata putus.
"What?!" tinggi suaranya bertanya. Dia dah cukup sabar menunggu sampai pukul 9, tiba-tiba Anisah suruh tunggu lagi sejam. Melampau!
"Aku tak kira, aku nak balik sekarang jugak!" Farah Aulia memberi kata putus.
**********
SEPANJANG perjalanan pulang, Farah Aulia dan Fawwaz senyap sahaja. Masing-masing sibuk melayan perasaan. Farah Aulia memandang Fawwaz. Tadi beria nak hantar aku balik, sekarang ni diam pulak. Dia menguap. Makin berat pula mata ni. Elok dia hendak melelapkan mata, Fawwaz bersuara.
"Farah, kalau you tidur macam mana I nak hantar you balik?"
Oh, ya! Macam mana boleh terlupa yang dia sekarang menumpang Fawwaz? Fawwaz bukan tahu rumahnya di mana.
"Sorry. I mengantuk sangat." Sekali lagi dia menguap.
"Youlah, senyap sangat. Mana I tak mengantuk," selorohnya lagi.
"Kalau you nak tidur, tidurlah. Nanti I bawa you balik rumah I. I bukan tahu rumah you dekat mana," balas Fawwaz pula. Amboi, lagilah ekstrem mamat ni punya lawak!
Lebih kurang 10 minit memandu, Fawwaz membelok ke kawasan perumahan Farah Aulia. Dia berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumah gadis itu. Farah Aulia mengucapkan terima kasih lalu turun dari kereta.
Cermin kereta diturunkan. Fawwaz tersenyum. "I had fun."
Farah Aulia turut tersenyum. "Me too. Anyway, thanks for sending me home. You drive baik-baik, okey."
Farah Aulia membuka pintu pagar. Dia ingin melangkah masuk tetapi langkahnya mati apabila terpandang Honda CRV Fawwaz yang masih tidak berganjak dari tempatnya. Kenapa?
Dia melangkah ke arah kereta. Cermin kereta diketuk perlahan. Pantas Fawwaz menurunkan cermin.
"Any problem?"
"Nothing, I just nak make sure you selamat masuk. Dah, pergilah masuk."
Oh, so sweet! Farah Aulia mengangguk. Sekali lagi dia mengucapkan terima kasih.
Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, pintu ditutup rapat dan dikunci. Honda CRV Fawwaz juga sudah menghilang. Sewaktu dia ingin memasuki kamarnya, telefon bimbitnya bergegar.
I had fun. Will there be any next time?
Maybe...
No comments:
Post a Comment