Tuesday 2 April 2013

Coklat Buat Farah (1)

     



     Pukul 4 petang, aku leka melayari laman web Zalora.com. Koleksi spring look yang bertemakan warna-warna pastel benar-benar mencuri perhatian aku. Serta-merta aku teringat iklan Zalora.com di kaca televisyen yang memaksa aku untuk tersenyum seorang diri. Wedges, heels, flats, dress dan blouse yang pelbagai membuatkan mata aku menjadi perenung setia skrin komputer, aku tak mahu berpaling langsung. Warna pastel selalunya disifatkan sebagai warna yang lembut, tenang, tidak terang dan tidak terlalu striking, sesuai untuk aku, seorang perempuan yang kian meningkat dewasa. Menurut ayah, gaya aku yang simple terlampau menggambarkan yang aku ini seorang yang malas bersiap, malas bersolek. Jadi, ayah telah bank in 300 ringgit kedalam akaun bank aku, sebagai hadiah keputusan aku yang cemerlang dalam PMR. Aku pun apa lagi. Beli baju baru untuk penuhkan almari lah!

brrrr.. brrr..


You have a text message from Rizal


Rizal : So, what do you think ?

Aku  : Apa ?
Rizal  : Pasal Cat.
Aku  : Cat ?
Rizal  : Catherine laa.
Aku  :  Ya Allah. Dia? Sejujurnya aku rasa dia tu langsung tak sesuai dengan kau.
Rizal : Aku tak tanya pun dia sesuai dengan aku ke tidak, pada pandangan kau dia tu macam mana ?
Aku : Gedik, suka terpekik-pekik dan tak tahu malu  Aku tak kenal dia so tak boleh nak kata macam-macam.
Rizal : Ada orang kata dia playgirl, ramai kawan lelaki.
Aku : Memang pun  Entah la Encik Rizal... 
Rizal : Kau kan selalu jadi penasihat cinta aku, bagi la tips sikit.
Aku : Aku sibuk la. Tengah buka laman web Zalora ni.
Rizal : Oh! Cat call aku. Nanti kita text lagi.

      Cat? Cat? Cik Catherine tu nama sebenarnya Siti Fatihah binti Azlan. Dari mana datangnya nama Catherine, aku pun tak tahu. Orang kata Catherine itu nama yang kawan-kawannya reka untuk dia, sebab muka Fatihah ada darah Cina sikit, ( kawan-kawan Catherine beriya-iya menegaskan yang wajah dia iras-iras artis Korea) mata sepet, pipi putih kemerahan dan bibir merah delima. Tapi melayunya tetap ada. Cantik macam anak patung. Sebab itulah Rizal boleh sangkut. Waktu dia memperkenalkan diri kepada aku, tahu dia cakap apa ? "Hi Farah, I'm Catherine" sambil menghulurkan tangannya tanda mahu berjabat. Rambutnya yang jatuh ke dahi terus dia selitkan di belakang telinga. "Please take care Rizal for me okay. Kamu dengan Rizal bestfriends kan?"  Aku menyambut salamnya dan mengangguk. Senyum tawar aku lemparkan kepada Catherine. Nama Fatihah bagai tak ada erti buat Siti Fatihah lagi. Dia lebih suka disapa sebagai Cat, atau Catherine.


Rizal dan Cat. Rizal dan Fatihah.


Click.


Vessini Ballerina Shoes is added to your cart

Something Borrowed Wool Knitted Cardigan is added to your cart
Rhapsody L/S Shirt with Leather Collar is added to your cart.

Click. Buy now.


     Hari ini terasa amat panas. Bahangnya sangat melemaskan. Sudah 2 minggu tidak hujan, terik matahari memancar terus ke arah sawah padi yang kian menguning. Aku mengipas-ngipas muka dengan kipas lipat hadiah Suria kepadaku. Telefon aku campak ke atas katil. 


Click. Facebook


bing!


Suria : Farah! Farah!

Aku : Apa..
Suria : Aku nampak Rizal dating dengan Catherine tadi. Bukan main manja lagi diorang..
Aku : Haha. Kau nampak kat mana? Untunglah, orang bahagia.
Suria : Haha je response dari kau ?
Aku : Aku nak cakap apa lagi Su..
Suria : Aku tak tahu la, sampai bila kau nak berdiam diri lagi. Kau tahu kan Catherine tu macam mana? Kita sendiri nampak dia keluar dengan si Adam senior kita dulu, DUA HARI LEPAS! Kau nak biar je ke Rizal kena tipu bulat-bulat dengan Catherine pisau cukur tu?
Aku : Muhammad Rizal bin Ridzuan Shah yang aku kenal takkan percaya dengan semua tu. Dia dah cinta mati dengan Catherine tu tahu tak. Anyway, dia selalu berlagak macam pak ustaz depan aku. Sungguh, aku tak faham dengan semua ni Su. Dia dah usung si Cat tu merata tempat dah. 
Suria : Cuba kau text dia. Marah dia ke. 

     Aku terdiam sebentar. Cik Suria, untuk pengetahuan kau, dah macam-macam nasihat dah aku bagi dekat Encik Muhammad Rizal tu. Tak baik pegang tangan anak dara orang, tak baik berjalan rapat-rapat macam belangkas dengan Cat tu. Aku dah jeling, buat silent treatment, marah, maki hamun pun ada. Kadang-kadang aku taip hadis-hadis Nabi yang panjang sejengkal khas untuk dia. Tapi kau tahu dia balas apa? 'Kami takde lah teruk sangat, tak sampai bawak ke bilik!' Astaghfirullah Al Azim.. Mana kawan baik aku sejak tadika tu dah menghilang? Aku tak tahu Muhammad Rizal Bin Ridzuan Shah punyai iman senipis itu! Kalau aku tahu, aku takkan letakkan dia dalam hati aku ini. Takkan. Kalaulah hati ada butang delete.



    Delete?

    Surat tawaran yang aku dapat aku genggam. Aku tak boleh berada di sekolah tu lagi. Tak boleh.

bing! 

Suria : Anyway, congratz Farah!

No comments:

Post a Comment

Followers