By : Leeya Shuib
BOSAN! Sungguh dia bosan tahap tak ingat. Hanis dah terbang ke selatan tanah air, tinggallah dia sendirian di sebelah utara. Kesian aku. Ceh, tak pernah dibuat orang kesian dekat diri sendiri. Buat malu je...
"Aliff..." mendayu-dayu suaranya memanggil Aliff di sebelah rumah. Aiff pun pantang diseru, terus muncul depan rumah Farah Aulia.
"Jom, akak belanja makan pizza." Farah Aulia yang dah siap pakai tudung terus masuk kereta. Aliff agak terpinga-pinga melihat Farah Aulia punya aura diktator . Tu bukan mempelawa dah gayanya, itu mengarah. Tapi, kalau mengarah aku makan pizza, dengan rela hati aku menurut.
"Kejap, Aliff bagitau mama," ujar Aliff. Farah Aulia angguk. Aliff menghilang daripada pandangan. Dua minit kemudian, Aliff muncul kembali dengan songkok di atas kepala. Farah Aulia berkerut dahinya. Aku ajak budak ni makan pizza ke aku ajak dia berjemaah dekat masjid? Biarlah dia, dah dapat hidayah kut!
"Akak mimpi apa semalam yang tiba-tiba nak belanja Aliff ni?" Farah Aulia mencebik. Ek ena budak ni, buat macam la selama ni aku tak pernah belanja dia. Sekali aku pelangkung, dia pulak yang masuk alam mimpi nanti.
"Kena mimpi dulu ke baru boleh belanja Aliff? Okeylah kalau macam tu, akak u-turn balik eh?" Farah Aulia menggertak. Aliff ketawa. Alahai, tak boleh usik sikit...
"Mengugut. Mengugut." Aliff ketawa lagi. Aku la budak ni!
"Liff, Abang Fiq balik bila?" soal Farah Aulia. Tiba-tiba dia rasa rindu pada Syafiq, budak rumah sebelah merangkap kawan baik dunia akhirat dia tu, yang sekarang dah selamat berada di UK.
"Patutlah baik semacam," perli Aliff. Betullah budak ni nak kena pelangkung!
Sampai di depan bangunan Pizza Hut, Farah Aulia berpusing-pusing mencari parkir. Aliff awal-awal lagi dia dah halau keluar suruh cari tempat duduk. Hari cuti macam ni boleh agak dah. Mesti penuh punya orang. Ni, nak cari parkir pun mahu setengah jam kalau tak pandai mencelah.
**********
"DAH order?" Farah Aulia menyoal.
"Dah." Aliff mengerling jam tangan. "Lamanya akak cari parkir." Dekat sepuluh minit tu. Tapi kira okey la, dia pun baru je dapat tempat ni.
"Banyak sangat kereta."
Perbualan mereka terhenti di situ. Dihentikan oleh seorang pelayan perempuan yang menghantar pesanan mereka. Mereka berdua tersenyum ramah memandang pelayan tersebut. "Thanks," ujar Farah Aulia dan Aliff serentak sebelum pelayan itu berlalu pergi.
Sepanjang sesi 'makan memakan', mulut Aliff tak pernah senyap kecuali sewaktu mengunyah. Ramah dia bertanya itu dan ini. Tak senang duduk Farah Aulia dibuatnya.
"Akak, thanks sebab belanja..."
"...tak sangka akak ni baik gak..."
"...akak, akak dengan abang ada apa-apa ke?"
"Betul ke takde..."
"Oi budak, makan jangan banyak cakaplah," tegurnya.
"Alaa akak ni, orang nak..." tiba-tiba Aliff terus terdiam. Farah Aulia mengalihkan pandangan daripada pizza di dalam pinggan kepada Aliff. Budak ni kenapa? Tercekik tulang ke? Ceh, punyalah tak logik kau punya ramalan tu Farah. Ada pulak tercekik tulang masa makan pizza!
"Kenapa ni?" soal Farah Aulia. Pelik dia melihat tindakan spontan Aliff yang terus membetulkan songkok di atas kepala. Makan pun sopan je. Dah tak ada nak bising-bising macam tadi.
"Aliff, kenapa ni?"
"Makan tak elok bercakap kak," balas Aliff sopan. Budak ni dah kenapa? Kau jangan takutkan akak, Aliff!
"Eh, Kak Farah. Aliff pun ada."
Farah Aulia dan Aliff mengangkat muka memandang ke arah suara yang menegur tu. Wana! Farah Aulia senyum melihat gadis comel bertudung labuh itu. Dia menjeling sekilas ke arah Aliff yang wajahnya dah bertukar merah.
That explains a lot.
The songkok.
The not-so-him attitude.
Aliff. Aliff.
**********
PEJAM celik, pejam celik, dah tiga bulan berlalu. Terasa cepat sahaja masa berlalu. Farah setia menanti di tepi telefon. Menanti panggilan penting daripada orang penting yang amat diharapkan. Menanti panggilan telefon daripada syarikat penerbitan yang telah menerima manuskrip novelnya.
Kringgg...
"Hello..."
"Hang reti bagi salam dak?"
Farah Aulia melarikan telefon bimbitnya daripada telinga. Dia meneliti skrin telefon. Ceh, mak cik Hanis rupanya.
"Syok boleh curi ayat aku?"
"Agak la. Bak kata omputih, revenge is sweet!" Hanis ketawa lagi. Seronok boleh balas dendam. Hari tu hari dia, hari ni hari aku!
"Dah tu! Nak apa ni?" malas-malas dia menyoal. Punyalah dia semangat jawab panggilan, rupa-rupanya Hanis. Kalau dia tahu awal-awal, tak ada maknanya dia tergesa-gesa meninggalkan sesi 'kuak lentang' atas katil tu.
"Kau ni, macam tak suka je aku call. Aku baru ingat nak share satu berita gembira, takpelah. Sorry ganggu," rendah dia menuturkan. Merajukkah?
Tut. Tut.
Oh, orang sebelah sana dah putuskan talian. Sah merajuk tu!
Belum sempat dia mendail nombor telefon sahabat baiknya itu, telefonnya terlebih dahulu berbunyi.
Aku tak merajuk.
Tak payah call balik.
Bos aku buat spot check.
Gi check emel.
Check emel? Cik Biru, lappy kesayangan di atas meja dibuka.
Sign in google.
e-mail : karyakamibudaksimple
password : 123simple
Betullah budak simple. Segala benda simple. Kursor bergerak laju ke arah icon products. Klik. Gmail. Klik.
Oh my!
Alhamdulillah!
No comments:
Post a Comment