By : Leeya Shuib
MEI
2004
“Opocot mak
kau,” Hanis melatah. Dia menjeling tajam
Farah Aulia. Ni apa cer main
baling-baling Buku Teks Fizik ni? Kut
ye pun bosan, kut ye pun tak
minat tak payah la tunjuk protes
dalam dorm. Yang jadi mangsanya
aku la! Untung takde sakit jantung,
kalau tak boleh kut aku berbual
bicara dengan Datuk Maharajalela yang
tengah aku kaji perjuangannya ni. Kut
lepas ni lagi senang nak ingat!
Buku Teks
Sejarah ditutup dan ditolak tepi. Dia
pun bukan ‘hantu Sejarah’ macam Pa’an
kelas sebelah. Punyalah susah payah dia
tawaf satu sekolah cari mood
nak berSejarah petang tu, makhluk di
depannya menjelma tanpa diundang lalu
meragut mood tersebut. Ni kalau
bukan benda penting aku lempang je
laju-laju!
Dia berjalan
ke arah Farah Aulia. Farah Aulia yang
sedang asyik menconteng sesuatu di atas
kertas langsung buat derk dengan
kehadiran Hanis. Hanis sua kepala. Ceh!
Mati-mati aku ingat dia tension
buat Fizik rupanya duk mengasah bakat
menghuru-harakan wajah si Adam Hariz dalam
poster itu. Memanglah kau nak kena
lempang!
"Oi, gambar
PC aku kau sabotaj!" Chika
yang baru masuk entah dari mana separuh
menjerit.
Poster bertemakan
'mari mengundi MPP anda' yang tertera
gambar Adam Hariz dilarikan daripada
genggaman 'makhluk perosak' itu. Mahu
lunyai gambar mamat hensem tu kena 'pangkah' dengan
Farah Aulia. Kalau kena 'pangkah' sebab
mengundi, takpelah jugak. Ni kena pangkah
kes tak puas hati...
First Round ; Polygamy - Farah
Aulia versus Adam Hariz
And the battle begin!
Polygami? Dah
tak ada benda lain agaknya Puan Noor
nak angkut buat topik debate mereka
hari itu? Haru sungguh! Ada pulak
suruh pelajar perempuan berdebat dengan
pelajar lelaki pasal isu sensitif bagi
kaum perempuan itu! Mahu meletup kelas
dek peluru berpandu yang dilancarkan
pelajar perempuan...
"I totally
disagree with the statement that says
'Polygamy is a Burden to Women'!" tenang, yakin dan
tegas dia mengucapkan ayat dalam bahasa
penjajah itu.
"For
me..."
Seluruh isi
kelas memandang ke arah Adam Hariz.
Pelajar lelaki yang lain senyum dah
sampai ke telinga. Suka aje! Beberapa
orang pelajar perempuan tarik muncung, tak
setuju dengan kata-kata tersebut. Tetapi
bagi pelajar perempuan yang 'open -minded' dan
berfikir mengikut 'guideline' yang
terbuku dalam Al-Quran, Farah Aulia dan
Chika mengangguk mengiakan kebenaran statement Adam
Hariz itu.
Polygamy is
a Burden to Women? Absolutely not! Kalau betullah poligami
itu membebankan kaum wanita, takkanlah Islam
membenarkan poligami? Bukankah Islam itu
ringan lagi meringankan? Islam tidak
membebankan! Islam bukan agama yang
menindas! Sebaliknya, Islam agama yang
membela mereka yang tertindas! Jadi istilah
'polygamy is a burden' yang
diutarakan penganut agama lain adalah tidak
tepat dan tidak releven sama sekali!
Teringat dia
akan kata-kata presiden IFAA, Keysar
Trad, yang dibesarkan oleh seorang
ibu dan seorang ibu tiri dalam sebuah
rumah yang sama. "There was nothing
out of the ordinary in our extended
family. My mother and my stepmother
were the best of friends. Even though
a polygamous marriage was not the
norm, the Lebanese society was very
open-minded."
Farah Aulia
sibuk membuat ulasan sendiri dalam kepala.
Langsung dia tak dengar ulasan lanjut
daripada Adam Hariz. Tangannya ligat menari
di dada kertas. Segala ilham yang
datang bertandang di minda, diterjemahkan dalam
bentuk penulisan. Hasilnya, berkajang juga
idea dan pendapatnya menghiasi dada kertas.
"Any
questions?"
Ek? Dah
habis? Farah Aulia terpinga-pinga. Pelajar
lain semua tunduk.
"Come on,
class, takkan takde soalan?" soal Puan Noor
sekali lagi dalam bahasa ibunda. Kut
takut pelajar tak faham Bahasa Inggeris
accent British dia yang pekat
tahap tak ingat itu.
Farah Aulia
mula mengarang soalan dalam kepala. Dia
hendak menyelamatkan diri daripada menjadi
mangsa Puan Noor. Dia tahu sangat
fiil Puan Noor, kalau tak ada pelajar
yang bertanya, pelajar-pelajar pula yang
ditanya. Buatnya dia tanya aku
soalan-soalan luar alam, mati berdiri aku kejap lagi!
"5. 4. 3.
2..."
Tudia, Puan
Noor dah buat countdown! Laju
Farah Aulia mengangkat tangan. Puan Noor
senyum, menunjukkan isyarat supaya Farah
Aulia meluahkan pertanyaannya. Farah Aulia
mengangguk. Dia berdiri tegak, menghalakan
pandangannya tepat ke arah Adam Hariz.
"Some Western
men take the position that monogamy
protects the right of women. But do
you really think that these men really
concerned about the rights of women?"
"From my
point of view, monogamy protects men,
allowing them to 'play around' without
responsibility. Easy birth control and easy
legal abortion has opened the door of
illicit sex to woman and she has
been lured into the so-called sexual
revolution..."
Ayat dia...
jujur tak bertapis! Straightforward tak
ingat dia punya penggunaan perkataan!
"...but she
is still the one who suffers the
trauma of abortion and the side
effects of the birth control methods.
Men are the ones protected by
monogamy while women continue to be
the victim of men's desires. Polygamy is
very much opposed by the male dominated society because it would force men to
face up to responsibility and fidelity."
Okay, he has
the point there!
"Which one
do you prefer, monogamy or polygamy?" Tiba-tiba rasa nak
tahu.
Adam Hariz
sengih mengusik. "I do think it
would be great to have more than
a wife at a time."
Mangai! Ayat
miang tahap Keladi Bunting kacuk dengan
Imperata Cylindrica! Dasar homosapien
tak cukup kromosom! Dan bunyi loceng
telah menyelamatkan Adam Hariz daripada
kena maki on the spot dengan
Farah Aulia. Dan sudahnya, Farah Aulia
usung muka masam dia balik dorm. Lagi
parah, sampai petang belum turun lagi degree kepanasan
hati Farah Aulia tu.
Tapi kan,
bila fikir-fikir balik, itu hak dialah
nak kahwin satu ke dua ke tiga
atau empat sekali pun. Asalkan dia mampu.
Langsung takde kena mengena dengan kau
pun Farah! Lainlah kalau kau ada plan nak
kahwin dengan dia. Err... kau nak
kahwin dengan dia ke? Ah... sudah!
No! Farah Aulia menggeleng
rakus. Tak sanggup aku jadi bini
mamat gatal macam tu!
Chika dan
Hanis saling berpandangan. Mereka bersoal
jawab melalui pandangan mata, tanpa suara.
Kenapa tu? Chika menghantar soalan. Hanis
jungkit bahu. Entah!
p/s :
- PC ; Prince Charming
- IFAA ; Islamic Friendship
Association of Australia
- Imperata Cylindrica ; Nama
saintifik Lalang
- Keladi Bunting tau kan menatang
apa? haha
p/s : Penat
oiii! Sorry kalau merapu. Ah... tadak KALAU
merapu la! Memang merapu pun! Adios!
No comments:
Post a Comment