Tuesday 2 April 2013

Hidup & Pelangi (bab 3)

   



"Arina, tolong letak kotak ni atas meja hujung tu boleh?" pinta Wawa. Arina sekadar mengangguk. Kotak bersaiz sedang itu bertukar tangan.

     Laju Arina menapak ke meja hujung. Tiba-tiba kedengaran suara seorang budak perempuan menangis. Arina mencari-cari dari mana datangnya suara itu. Di bawah sepohon kayu yang daunnya rimbun (dah macam lirik lagu dah) kelihatan seorang budak perempuan dalam lingkungan usia 5 tahun sedang menangis dan dikelilingi beberapa orang kanak-kanak perempuan yang lain. Ni mesti kes buli. Takde lain dah!

     Haish. Budak-budak zaman sekarang. Arina menarik nafas. Kotak yang dipegang diletakkan di atas meja seperti yang dipinta oleh Wawa. Dia melangkah ke arah kumpulan kanak-kanak itu tetapi langkahnya terhenti sebaik sahaja terlihat seorang jejaka tiba-tiba muncul sebagai hero si mangsa buli.

     "Adik-adik, buat apa ni?" soal Redza. Wajahnya masih dihiasi senyuman manis. Mungkin dia tidak mahu menakutkan kanak-kanak itu.

     "Korang buli Sha eh?" soal Redza lagi. Suaranya masih terkawal. Senyumannya masih ada. Tak nampak macam tengah marah. Betul sangatlah tu caranya, dengan budak-budak, marah-marah pun tak guna. Bukan dia faham apa lagi.

     "Hanim jahat! Dia cakap mama dengan papa Sha dah mati! Dia tipu! Dia tipu!" dengan bersusah payah anak kecil yang dipanggil Sha itu meluahkan rasa.

     "Mana ada Hanim tipu dia, Hanim cakap benda betul je. Mak dengan ayah dia memang dah mati. Sebab tu dia ada kat sini," Hanim berkeras membela diri. Arina menggeleng. Budak-budak. Arina melangkah lima tapak ke hadapan. Teringin pula dia hendak melihat teknik yang akan digunakan oleh Redza untuk meleraikan pergaduhan itu.

     "Hanim, Shasha, tak baik tau gaduh-gaduh. Tuhan marah. Hanim dengan Sha nak ke kalau Tuhan marah pada Sha dan Hanim?" Redza bijak bermain ayat. Teguran yang ringkas, cukup untuk difahami anak sekecil Shasha dan Hanim tetapi apa yang disampaikan masih ada isi.

     "Tak nak!" jawab Shasha dan Hanim serentak. Arina tersenyum seraya menggeleng. Budak-budak.

     "Kalau tak nak, kena buat apa ya?" Redza menduga dua anak kecil itu.

     Hanim dan Shasha berpandangan sekejap.

     "Minta maaf?" serentak Shasha dan Hanim bersuara. Separuh menjawab, separuh menyoal. Redza senyum lalu mengangguk.

     "Maaf." Shasha dan Hanim bersalaman. Arina senyum lagi. Comel pula dia tengok budak-budak tu. Kejap gaduh, kejap berbaik. Kalau orang dewasa boleh contohi perbuatan dia orang tu, mesti perkataan perang tu tak wujud dalam kamus dunia.

     Pap! Bahu Arina tiba-tiba ditepuk kuat dari belakang. Dia berpaling, nampak muka Wawa.

    "Apa hal kau ni?" marah Arina. Bahu kirinya diusap. Nasib baik tak patah.

    "Kau tu yang apa hal! Aku suruh letak kotak atas meja je, lepas tu sambunglah tolong aku kat dalam. Boleh dok termenung kat sini," bebel Wawa. Arina tersengih. Cepat-cepat dia menarik tangan Wawa masuk ke dalam dalam Rumah Anak-anak Yatim Sri Harapan.



     Wawa memandang pelik Arina. Budak ni dah kenapa? Tersengih-sengih dari tadi. Seronok sangat ke kerja lap pinggan tu? Ke dah tersampuk jin tanah kat padang tadi?

     "Rina, kau okey tak ni?" soal Wawa. Risau pula dia tengok Arina. Manalah tahu masuk air ke. Bolehlah dia bawa Arina buat rawatan segera. Sebelum sahabat baiknya itu jadi semakin parah.

     "Yang kau tanya soalan pelik-pelik ni kenapa? Kau tu okey ke tak?" soal Arina kembali. Pelik apabila tiba-tiba disoal begitu.

    Wawa mencebik. Orang tanya dia, dia sibuk nak tanya kita balik. Sekali aku cepuk...

     "Oit, buat kerja tu serius sikit boleh tak? Tergedik-gedik dari tadi. Pinggan tu tak siap lagi ke? Orang dah lapar dah ni!"

     Wawa dan Arina saling berpandangan. Makhluk halus mana pulak yang menyampuk tanpa diundang. Alah, kura-kura dalam perahu pulak kau orang berdua ni! Makhluk mana lagi kalau bukan Nasha si mulut murai tu. Arina memandang Wawa.

     "Wa, siapa budak tu? Dari awal aku datang tadi dia macam tak puas hati je dengan aku," soal Arina separa berbisik.

     "Itu Nasha, dah 15 tahun dah dia tinggal kat sini. Dia tu memang macam tu, tak ngam sangat dengan manusia. Nak yang spesies hantu macam dia je. Kau jangan layan sangatlah dia tu," balas Wawa, juga berbisik. Nama aje berbisik, tapi suaranya tinggi sampai satu rumah boleh dengar. Sajalah tu nak bagi Nasha dengar.

    Nasha keluar dari dapur sambil menghentak kaki. Sakit hati kut kena perli dengan Wawa. Ha, kau jangan main-main dengan Wawa. Nampak aje pendiam, sekali dia bukak mulut, yang lain semua terdiam.

    "Hai girls," sapa satu suara. Wawa dan Arina berpaling serentak. Eh, ni bukan mamat tadi ke?

     "Hai Redza," balas Wawa. Berkerut dahi Arina. Redza? Syed Redza?

     "Hai Arina," Redza kembali bersuara apabila melihat Arina yang masih membeku. Matahari terik atas kepala pun boleh beku lagi? Pelik...tapi benar.

     "Errr...hai."

     "Korang dah siap ke? Ada apa-apa yang aku boleh tolong?"

     "Dah nak siap dah. Aku nak gi kumpulkan budak-budak kejap. Kau kalau nak tolong sangat kan, kau tolong aku tengok-tengokkan si Arina ni. Dari tadi asyik tersengih je sorang-sorang. Risau pulak aku. Kang aku tinggal dia pergi terjun kolam ke apa ke. Bye."

     Grrr. Selamba badak je Wawa ni. Boleh dia tinggalkan aku berdua je dengan mamat ni. Dahlah Redza ni hensem, kalau aku tak kuat iman, dapat menantu segeralah mama aku kat rumah tu. Eh, apa kau mengarut ni Arina? Kau tu baru nak masuk 18 tahun. Behave sikit!

     "Boleh tak tu?" soal Redza apabila melihat Arina yang sedikit kekok ketika mengelap.

     "Aaaa...boleh...boleh..."



     Semua penghuni di Rumah Anak-anak Yatimm Sri Harapan sudah berkumpul di ruang makan. Arina dan Wawa sibuk melayan karenah kanak-kanak itu. Perut yang tengah lapar diabaikan seketika. Tiba-tiba Redza muncul entah dari mana.

     "Kau orang dah makan?" soal Redza.

     "Belum," balas Wawa. Arina lebih senang berdiam diri. Malu dengan kejadian di dapur tadi.

     "Arina, awak masih marahkan saya ke?"

     "Marah? Taklah! Kenapa nak marah pulak?"

     "Habis tu. Malu?"

     "Awak ni kenapa? Kejap kata saya marah, kejap kata saya malu. Nak marah kenapa? Nak malu buat apa?"

     "Jadi awak tak marahlah saya serahkan surat cinta yang awak bagi pada saya tu pada guru disiplin?"

     Arina ternganga. Sebab tu ke? Jadi dia memang betul-betul ingat surat cinta tu aku yang tulis? Wah, melampau betul! Kau ingat kau tu hensem sangat ke sampai semua orang nak dekat kau? Hei, ni Arinalah!

     "Jangan mengarutlah! Bukan saya yang tulis surat tu. Saya tak suka awak pun!" Arina mencampakkan tuala kecil yang digunakan untuk mengelap pinggan ke atas meja. Cepat-cepat dia berlalu tetapi tersalah langkah, dia hampir terjatuh. Untung ada yang menangkapnya. Tapi siapa? Ah, sudah. Kalau aku doa bagi pengsan kat sini boleh tak?

    "Terima kasih." Arina menolak tubuh Redza agar menjauhinya sedikit.

     "Sama-sama. Lain kali, kalau nak tarik perhatian saya, cakap je, tak payah buat-buat jatuh macam tu." Redza tersengih sebelum berlalu meninggalkan Arina sendirian. Sengal punya budak!

     "Dah, kau orang makan dulu. Biar aku layan budak-budak ni." Suara Redza mematikan lamunan Arina.

     Wawa pantas mengangguk. Amboi, teruja nampak boleh makan. Wawa menarik tangan Arina. Wawa duduk di hujung meja. Ada satu lagi tempat kosong untuk Arina. Sebelah Nasha. Nasib. Nasib. Arina menapak ke hujung meja sebelah sana.

     "Tak boleh duduk sini. Ni tempat Abang Redz," kata Nasha. Bersungguh-sungguh dia menghalang Arina daripada duduk di sebelahnya.

     "Tak apa, biar Kak Rina duduk situ. Abang kenyang lagi." Redza bersuara lagi. "Silakan tuan puteri." Redza menarik kerusi sedikit buat Arina. Arina tetap duduk walaupun teragak-agak pada awalnya.

     "Thanks."

     "Welcome. Oh, by the way, I'm sorry for earlier. Saya gurau je tadi. Sorry eh?"

     Redza senyum ikhlas. Begitu juga Arina. Guess this is the start for something new. Hope so!

p/s : Dah tak larat kena push dengan Farrah. So, this is it! Khas buat Farrah Wahidah sayang :P

No comments:

Post a Comment

Followers