Monday 29 April 2013

Ada Cinta Antara Kita (4)



Bab 4

     "Eiiiiiiii! Geramnya!"

     Telefon bimbit yang berada dalam genggaman hampir saja dihempasnya. Melampau! Dia ingat dia tu siapa?

     Wallpaper telefon bimbitnya dipandang. Rasa menyampah mula menapak dalam hati Farrah. Dibuka tudung hijau limau yang dipakainya sebentar tadi lalu digantung di kemas dalam almari.

     Matanya dihalakan kembali ke arah skrin telefon bimbit. Gambar Adam yang memakai kemeja sekolah berwarna kuning cair direnungnya. Entah mengapa, senyuman manis milik Adam Mikhail dalam gambar tersebut terus melekat dalam ingatan Farrah. Rasa macam senyuman dia ditujukan untuk aku pula!
   
     "Aduhai, cair pulak aku tengok mamat ni senyum." Kata Farrah sambil membelek-belek telefon bimbit dalam tangannya.

     Entahlah, jejaka manis berlesung pipit itu dirasakan benar-benar menduga hatinya. Dia membuatkan minda Farrah bercelaru, sehinggakan perasaan sendiri pun dia mula tak pasti. Farrah terduduk. Direnung pantulan dirinya pada cermin meja solek lama-lama.

     'Farrah, apa perasaan ini? Oh.. Mirror mirror on the wall, can you tell me what's going on?'

     Marah? Bukan. Kalau marah, pasti sudah pecah telefon bimbitnya tadi.

     Suka? Tak mungkin. Tak mungkin Farrah Irdina boleh suka Adam Mikhail yang baru tadi muncul semula dalam hidupnya. Takkan cintanya pada Razeef Arshad yang dipendam selama 2 tahun ini terpadam begitu sahaja? Manusia bukannya ada butang delete macam komputer, manusia makhluk yang kompleks. Tambah lagi, baru benar lelaki idamannya itu membalas cintanya. Lagipun, tak mungkin Farrah boleh jatuh cinta dalam masa yang begitu singkat? Mustahil. Tak. Tak. Taaaaaak!

     Cinta pandang pertama, mungkin?

     Atau, mungkinkah pertemuan kedua ini telah diatur Tuhan?

     Adam Mikhail. Mungkin dia hanya bergurau. Main-main la kot agaknya. Farrah cuba untuk menetapkan hatinya, dia mengingatkan dirinya, maruah itu tinggi nilainya. Takkan selepas satu sesi mengorat hati dia boleh terus terpaut pada Adam? Farrah, sedarlah! Tetapkan pendirian kau tu!

     Usai berfikir, jari kanan Farrah menekan butang pada telefon bimbitnya. Dibuka folder gallery. Badannya dihempaskan ke atas katil yang dihiasi dengan bantal-bantal berwarna biru. Satu folder bernama Adam Mikhail dibukanya. 50 gambar milik pemuda itu tertera di skrin telefon. Dilihatnya satu persatu.

     'Hai Farrah, sempat lagi kau jamu mata yek. Padam la cepat gambar-gambar tu.' Desak hatinya.

     Segera, folder itu dipadamnya. Dia tak mahu hatinya ragu-ragu lagi. Adam, nyah kau dari hidup aku!

     Farrah berfikir sejenak. Dia teringatkan sesuatu. Razeef tak ada hantar apa-apa ke kat aku semalam? Kotak pesanan ringkas dibukanya, kosong. Farrah sedikit hampa. Tak apa, biar aku hantar pesanan ringkas pada dia.

+ Assalamualaikum Razeef. Maaf laa semalam saya tak sempat nak text awak. Telefon saya tertinggal kat rumah kawan ibu. Hari ni baru sempat. I'm sorry.. Anyway, how's your day?

****************************************************************

     Deru angin membelai rambut Razeef Arshad yang dari tadi termenung memandang sawah padi. Leka sebentar dia memandang padi hijau yang beralun lembut ditiup angin. Sebatang rokok Dunhill yang dikepit di antara jari-jemarinya dibawa ke bibir, disedutnya segala racun yang terkandung didalamnya sambil matanya tertutup rapat. Nikmatnya.

     Bebas betul rasanya, lapang betul jiwanya. Bebas dari leteran papa dan mama di rumah. Razeef mengetuk rokoknya ke tanah, cuba menjatuhkan puntung rokok yang tergantung. Asap busuk yang berkepul-kepul langsung tak dihiraukan. Dia sudah lali. Disedutnya lagi rokok tersebut. Terlerai segala kekusutan yang ada dalam jiwanya. Bagai dunia dia yang punya.

     Tittt. Telefon yang disimpan dalam poket belakang dicapai. Farrah?

+ Assalamualaikum Razeef. Maaf laa semalam saya tak sempat nak text awak. Telefon saya tertinggal kat rumah kawan ibu. Hari ni baru sempat. I'm sorry.. Anyway, how's your day?

     Razeef Arshad tersenyum membaca pesanan ringkas daripada Farrah. Geli hatinya. Dia ni apa, nak main-mainkan aku ke? Bukan ke semalam Adam yang mengangkat telefon milik Farrah Irdina? Beriya-iya benar si Adam tu menengking, siap bagi warning lagi. Tolong la, kalau nak main-main pun, bukan dengan Razeef Arshad. Farrah Irdina hanyalah permainan dia sahaja, dia hanyalah satu daripada berpuluh wanita yang pernah mendampinginya. Tak besar mana pun makna Farrah pada Razeef.

     Ditaipnya balasan buat gadis itu.

+ Nothing special. I thought we've break up last night? 

+What?

     Kau nak sangat perempuan ni kan, Adam? Ambil la. Tak ingin aku minah skema. 

+ A guy named Adam pick up ur phone last night. He told me that he and you were in a middle of something... So, I thought you were doing.... You know what I mean. Jadi, takkan I nak date dengan someone like you Farrah? I think, You ni dah tak suci, kan? I tak sangka you macam ni Farrah... I'm sorry I couldn't do this. I geli la dengan perempuan macam you. You cuma berlagak suci, plastic!

+ Jadi awak percayalah semua tu? Saya.. saya tak pernah buat benda terkutuk tu awak... percayalah...

     Telefon bimbitnya bergetar, Razeef Arshad terus menekan butang hijau. Dia mula rasa seronok menyeksa jiwa wanita itu.

     "Please... Saya sayang awak..." Lemah sahaja suara Farrah Irdina. Ayatnya tadi diikuti dengan esakan demi esakan. Kasihan pula Razeef pada Farrah. Tapi, dia tak perlukan Farrah lagi. Kuotanya telah pun lebih daripada 4. Razeef tergelak, ketawanya sengaja dipanjang-panjangkan. Terdiam Farrah di hujung talian apabila mendengar tawa Razeef.

     "Who do you think you are Farrah? Do you know who are you trying to fool? Please lah. Go to Adam. I bet he loves you." Ujar Razeef. Laju sahaja ayat itu keluar dari mulutnya. Macam dah dirancang. Bodoh betul Adam. Melihatkan reaksi Farrah, Razeef tahu Farrah tak pernah ada hubungan apa-apa pun dengan Adam. Apa rancangan Adam sebenarnya?

     "Saya... saya akan betulkan semua ni Razeef... Sumpah demi Allah saya tak pernah buat apa-apa. Saya ni.... Pegang tangan lelaki pun tak pernah Razeef..."

     Esakan Farrah semakin menjadi-jadi. Dia malas nak kasihankan Farrah. 5 kali sehari Farrah akan hantar pesanan ringkas yang sama. Ayat 'Awak dah solat ke belum?' membuatkannya jengkel. Solat? Sejak balik dari Jerman tikar sejadah pun tak pernah disentuhnya. Hadiah sejadah yang diterimanya daripada saudara-mara, sahabat handai yang baru balik umrah ataupun haji akan dijadikannya alas pasu, alas rak buku dan alas meja. Sudah lama dia tidak sujud pada Sang Pencipta. Bacaan dalam sujud pun dia tak ingat. Apatah lagi bacaan-bacaan lain dalam solat.

     "Yea right, tak pernah pegang tangan lelaki konon." Bidas Razeef. Dia mahu teruskan dengan permainan ini. Dia mahu menyeksa Farrah, atau lebih tepat lagi Adam.

     "Sumpah Razeef... Saya tak pernah ada apa-apa dengan Adam.. Saya baru jumpa dia semalam.. Takkanlah saya nk buat macam tu dengan orang yang baru saya jumpa?" Suara Farrah mula bergetar. Makin berat nafas yang dihembus Farrah. Semakin kuat tangisan Farrah, makin kuat rasa egonya ingin menguasai.

     "Hahahahaha. Slutty Farrah. Baru jumpa semalam terus ajak ke katil?" Terus dihentamnya Farrah tanpa belas kasihan. Dia tahu apa yang diucapnya itu fitnah.

     'Razeef! Kau tak rasa ke apa yang kau cakap tadi agak melampau?' bela hati kecil Razeef. Razeef terdiam sebentar. Rasa bersalah mula terbuku dalam jiwanya.

     Rokok tadi disedutnya lagi. Asap yang dihembus keluar melalui mulutnya naik berkepul-kepul. Bibirnya mengukir senyuman sinis. Tangisan Farrah semakin kuat. Suara gadis di hujung talian makin lemah dan perlahan. 'Cukuplah,' bisik hati Razeef. Entah kenapa hatinya rasa kasihan benar dengan Farrah.

     "I'm sorry Farrah, I have to go. Until we meet again. Kalau ada jodoh tak kemana." Sindir Razeef. Terus ditekannya butang merah.

     Pandangannya kembali dihalakan kearah sawah padi yang menghijau. Razeef mula teringat kepada Farrah Irdina yang ayu. Mesti meraung punyalah si Farrah tu! Siapa tak sedih bila maruah diri dirobek? Siapa yang tak sedih bila orang yang dicintai menuduh dengan tuduhan yang sebegitu berat? Berdosakah aku menghina seorang perempuan yang baik seperti Farrah? Hati Razeef jadi lembut sebentar tadi. Pengakuan Farrah sedikit sebanyak mengusik hatinya. Farrah tak pernah pegang tangan mana-mana lelaki pun? Tak pernah? Biar betul.

     Farrah tak tahu, siapa sebenarnya Razeef Arshad.

     Razeef Arshad yang Farrah Irdina kenal hanyalah sekadar lakonan. Tak pernah wujud Razeef yang sebegitu. Farrah telah ditipu bulat-bulat. Razeef yang sebenarnya dah rosak. Dia pemabuk, perokok dan perosak anak dara orang. Air kencing syaitan saban malam menjadi teman setianya. Berbotol-botol diteguknya setiap hari. Perempuan dalam hidupnya datang dan pergi. Razeef sendiri tak pasti, macam mana dia boleh jadi amat sesat dalam kehidupannya. Entahlah, dia makin kusut dengan semua yang melanda dirinya.

     Razeef bangun. Langkahnya diatur menuju ke sebuah rumah usang yang hanya berberapa meter jaraknya dari tempat dia berdiri sebentar tadi. Pintu rumah usang itu berbunyi bingit apabila dikuak. Botol-botol arak bersepah, kesan-kesan lilin serta helaian surat khabar memenuhi ruang lantai. Lantai kayu yang berkeriut apabila dipijak membuatkan Razeef lebih berhati-hati apabila melangkah. Dua orang lelaki yang terbaring lemah atas helaian surat khabar dikejutnya.

     Razeef Arshad menghalakan pandangannya ke arah sebuah bilik yang tidak berpintu.

     Sebuah bilik yang menjadi saksi perbuatan zalimnya pada Adam Mikhail.

****************************************************************

     Kepala Farrah sudah mula terasa berat. Tak dapat ditahan air mata daripada menitis. Cepat-cepat dia mengambil wudhuk. Farrah cuba untuk akur. Akur dengan suratan takdirnya. Dia cuba menelan pahitnya rasa hati ketika itu. Solat sunat hajat 2 rakaat dilakukan dengan penuh khusyuk, disambung pula dengan solat sunat taubat. Saat itu, air matanya tak berhenti mengalir.

     Dalam esakan, Farrah memanjatkan doa kepada Ilahi, minta diberi ketenangan, minta dimaafkan. Mungkin ini balasan khilafnya pada masa lalu. Tergamak Razeef menghamburkan kata-kata sebegitu keji kepada Farrah. Walaupun Farrah puas menafikan, Razeef tetap beriya-iya menuduh. Menuduh seorang perempuan yang masih suci berzina bukankah satu dosa? Diraup mukanya dengan tangan kanan sebelum menyambung doanya.

****************************************************************

No comments:

Post a Comment

Followers