Saturday 30 March 2013

Hidup & Pelangi (bab 2)




     "You all buat apa cuti ni?" soal Sofea membuka topik.

     "I buat kelas tutorial untuk piano. Jari-jemari I yang berseni ni perlulah I gunakan sebaik mungkin, kalau tidak, membazir," balas Arisya sambil menunjukkan 'jemari seni' miliknya itu. Gedik!

     "Aww, cool lah you. I kerja travel ajelah cuti ni. Minggu lepas I baru balik dari Europe, minggu depan nak pergi Milan pulak. Penatlah," balas Sofea balik dengan gaya gedik manjanya. Tak nak kalah punya makhluk Bumi.

     "How 'bout you Rin?" Dua pasang mata memandang tepat ke arahnya. 

     Arina diam. Nak jawab apa? 

     "I duduk rumah je, bina badan." Dia tak boleh bayangkan apa yang bakal keluar daripada mulut murai tak ada insurans itu kalau dia jawab macam itu.

     "I..."

     Belum apa-apa, 'mangkuk hayun' berjenama Arisya dah menyampuk dulu.

     "Ala, you ni Sofea. Macamlah you tak tahu. Arina ni kerja dating aje dari dulu sampai sekarang. Playgirl berjayalah katakan." Dua sekawan itu ketawa gedik. Sekali dengar dah macam pontianak. Dua kali dengar... Ah, tak sanggup dia nak dengar dua kali!

     Grrr! Arina mengetap bibir. Ada jugak yang makan penyepak karang. Arina memang tidak pernah sebulu dengan Sofea dan Arisya. Entah macam mana boleh tersangkut dia sendiri tak pasti. Mungkin juga kerana mereka sama-sama anak orang berada. Tetapi, kalau diikutkan, Arina lebih suka melepak dengan Wawa anak tukang kebun sekolah itu. Padanya, Wawa lebih bertamadun kalau hendak dibandingkan dengan 'mangkuk tingkat' di hadapannya itu. 

     "See? Dia diam aje. Betullah tu," sambung Arisya tak sayang nyawa itu. Arina tayang fake smile. Niat di hati nak tayang buku lima, tapi dah anak orang kan, sabar ajelah. Namanya pun orang beriman. (beriman sangatlah kau tu kan?)



     "Arina, kawan kamu datang ni. Turun cepat," panggil Datin Aina dari bawah. Arina menonong keluar dari biliknya. Aku baru ingat nak tidur petang, bebel Arina dalam hati.

     Sampai di anak tangga terakhir, wajah Wawa jelas kelihatan. Membulat mata Arina. Hilang sudah mengantuknya. Rindunya dia pada Wawa. Laju dia berlari ke arah Wawa. Diciumnya pipi Wawa kiri dan kanan. Ala-ala mamanya ketika berjumpa dengan kawan-kawan dari persatuan datin-datin. Motif? Entah!

     "Kau buat apa wei kat sini?" soal Arina, teruja.

     "Amboi mak, nak datang jumpa kawan pun tak boleh ke?" seloroh Wawa. Dia faham maksud sebenar Arina.

     "Arina, kut ya pun jemputlah kawan tu duduk dulu." Datin Aina yang menatang dulang berisi minuman dan cheese cake tiba-tiba mengambil port. 

     Datin Aina menggeleng kepala. Pening nak 'membentuk' anak dara seorang ni. Betullah kata orang, hendak menjaga 10 ekor lembu lebih senang berbanding hendak menjaga anak dara seorang. Amboi! Sampai hati Datin Aina samakan Arina yang 'cun melecun' itu dengan lembu. Kalau Arina tahu, lari rumah dia on the spot.

     Arina sengih. Tangannya bergerak pantas membantu mamanya menghidangkan minuman kepada tetamu. Bukan tetamu mama pun, tetamu dia. Biarlah dia yang buat sendiri.

     "Sebenarnya Wawa datang ni ada hajat auntie." Sudah habis satu cawan air milo diteguknya, baru Wawa bersuara. Datin Aina memandang Wawa dengan senyuman menggodanya. Menggoda? Hah, sudah!

     "Apa dia Wawa?" soal Datin Aina.

     "Hujung minggu ni, yayasan tempat ibu Wawa kerja tu ada buat program amal. Tapi tak cukup kakitangan. Wawa ingat nak pinjam Arina. Itu pun kalau Arina tak kisah dan auntie izinkan," terang Wawa penuh hemah. 

     "Aku okey je. Tapi apa-apa pun kena tanya mem besar dulu. Boleh ma?" Arina meminta izin daripada mamanya.

     "Nanti mama bincang dengan papa. Tapi rasanya papa tak ada halangan." Datin Aina tersenyum. Dia sendiri tidak ada halangan pun kalau anak tunggalnya itu hendak membuat kerja amal. Sebaliknya, dia lebih suka anaknya itu meluangkan masa melakukan kerja amal dengan Wawa and the gang daripada melepak dengan Sofea dan Arisya kerana pada pandangannya, Wawa gadis yang baik. Pandai betul Wawa ambil hati Datin Aina.



     "Banyaknya lauk, Aina masak semua sendiri ke?" soal Puan Sri Nabila. Teruja pula tekaknya melihat lauk pauk Melayu yang dimasak Datin Aina. Kalau di UK, haramlah nak dapat itu semua melainkan dia sendiri yang rajin nak memasak yang mana dia jarang buat di UK. Bukan malas tetapi kesuntukan masa. Harap maklum!

     "Alah, sikit aje ni kak. Bukan senang akak dengan abang nak datang sini. Sejak pindah ke UK inilah kali pertama akak datang sini. Tak salahlah kan kalau Aina nak masak special sikit pun," balas Datin Aina mesra. Mahu tak mesra, dia dengan Puan Sri Nabila memang dah lama berkawan baik. Begitu juga suaminya dengan suami Puan Sri Nabila.

     "Amir buat apa sekarang akak?" soal Datin Aina. Tiba-tiba nama Syed Amir muncul dalam benaknya. Apa khabarlah anak tunggal sahabatnya itu sekarang. Kali terakhir mereka berjumpa, Syed Amir baru berusia 8 tahun. 

     "Amir sekarang ni belajar di UIA. Kebetulan pula hari ni dia ada exam, kalau tidak boleh juga dia ikut sekali."

     "Oh. Dia study business juga ke?"

     "Tak adalah. Dia study law..."

     "La... Ingatkan nak take over syarikat papa dia, nak take over arwah datuk dia rupanya." Datin Aina ketawa. Konon lawak sangat. Sorry datin, you failed!

     Puan Sri Nabila tersenyum. "Entah. Katanya nak jadi peguam syariah. Masa depan dia kan, akak dengan abang malas nak sibuk-sibuk. Selagi apa yang dia buat itu tak salah, kami berdua tengok ajelah." Puan Sri Nabila turut ketawa walaupun tak lawak. Ini lagi seorang. Patutlah boleh geng.

     "Eh, sibuk cakap pasal anak akak ni, Arina mana? Dari tadi tak nampak batang hidung pun. Ke malu dengan akak?" Puan Sri Nabila meninjau sekeliling. Manalah tahu Arina nak main 'aci sorok' ke dengan dia. Arina tu bukan boleh kira sangat. Seingat dia, Arina seorang anak yang lincah dan peramah. Tapi waktu tu Arina baru 3 tahun. Mungkin sekarang sikap peramah itu dah bertukar jadi pemalu.

     "Arina awal-awal lagi dah keluar kak. Sebelum akak call lagi. Ada program amal dekat yayasan tempat emak kawan dia bekerja, itu yang akak tak nampak tu. Kalau akak bagitahu awal-awal nak datang, dah lama saya kurung dia dekat rumah," jawab Datin Aina sambil tangannya giat menyenduk lauk ke dalam mangkuk. Arina pemalu? Lawaklah akak ni, kata Datin Aina dalam hati.

     "Patutlah. Bagus ya budak Arina tu," puji Puan Sri Nabila. Berkenan pula dia dengan Arina. Kalau boleh berkenan sampai hendak dibuat menantu. Tetapi Arina baru 17 tahun sedangkan anaknya Amir sudah mencecah usia 22 tahun. Alah, setia hujung nyawa boleh buat, takkan dia tak boleh buat? Merapulah kau puan sri!

p/s : Laju je flow idea sekarang ni, macam air paip. Alhamdulillah. Okey, nak siap-siap dulu. Nak dating dengan Cik Ungu petang ni :D

~ love, Cik Elle ~



2 comments:

  1. best cita nehh..weh nk x korang tulis ni jual kt org...dpt duit kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaek la idea tu tp bakat tak banyak mana pun nak jual. takut tak laku :P hahahaha

      Delete

Followers