By : Leeya Shuib
WEI, esok nak pakai baju apa?
Mesejnya tidak berbalas. Takkan dah tidur? Jam di dinding baru menunjukkan pukul sembilan malam. Biar betul minah ni?
Dia bingkas bangun dari baringnya. Almari kayu dituju. Beberapa helai kemeja, blouse dan seluar slack dikeluarkan lalu diletakkan di atas katil. Sehelai demi sehelai dikenakan ke badan di hadapan cermin.
Sehelai blouse berwarna merah dengan segala macam labuci menghiasi bahagian dada dan hujung lengan baju diambil. Sekali tengok macam datin-datin. Bling sana, bling sini. Nak pakai pergi dinner bolehlah. Hmm...dia menggeleng sendiri di hadapan cermin. Next!
Serius skema pakai macam ni. Dah rupa kawan-kawan dia yang study law dulu pun ada. Letak tie sikit, walla. Pakai pulak tudung sarung rona senada, dia dah rupa peguam syariah dah. Tapi bukan peguam syariah pakai baju kurung ke? Apa-apa ajelah! Kemeja lengan panjang berwarna krim itu yang sememangnya tidak kena dengan gaya dan seleranya dicampakkan semula ke atas katil.
Ahah! Akhirnya, sehelai blouse berwarna biru laut dicapai dan dibawa ke hadapan cermin. Tidak cukup dengan itu, sehelai shawl berona senada turut ditarik dan dililitkan ke lehernya. Perfect!
Terus diusung seluar slack berwarna hitam, blouse dan shawl biru itu ke bilik iron. Iron board ditarik perlahan. Digosok pakaian 'seragam' untuk agendanya esok dengan muka dreamy habis. Entah apa yang diangankan, hanya dia yang tahu.
Selesai menggosok, dia menggantung pakaian tersebut di dalam almari. Sekali dengan stok pakaian 'reject' dia tadi. Reject dia tak ke mana, rasa nak jadi 'datin', blouse merah tadi boleh je masuk. Siap mengemas pakaian yang tadinya berselerak di atas katil, dia berbaring di atas katil dan terus ghaib ke alam mimpi.
**********
TANDATANGAN diturunkan di tempat yang sepatutnya. Alhamdulillah. Selesai sudah segala urusannya pada hari itu. Dia tersenyum kepada Kak Sarah, salah seorang editor di KJ Publications.
"Congratulations Farah."
"Thanks akak."
Ya, novel pertamanya telah selesai dinilai dan sudah pun diluluskan oleh pihak penerbitan. Tinggal menunggu hari untuk dicetak dan diterbitkan sahaja.
"Cerita ni best sangat la dik. Idea korek mana?"
Alahai, dah masuk sesi puji-memuji pulak. Ini yang dia kembang semacam ni. Semangat nak riak pun berkobar-kobar je. Ya Allah, kau jauhkanlah hambamu ini daripada segala macam penyakit hati. Amin...
"Idea tu daripada Dia akak." Farah Aulia senyum lagi. Kak Sarah pun senyum sekali.
"Ermm, kalau buat movie mesti best." Kak Sarah buat muka dreamy tak ingat dunia. "Nak nak kalau hero dia Adam Hariz."
Dalam kepala Kak Sarah, dah boleh bayang dah wajah kacak maut Si Adam Hariz pegang watak Daniel, si kasanova dalam novel tulisan Farah Aulia ni. Walla! Kalau buat movie, mau pecah panggung. Box office tu! Letak pulak si Farah Aulia yang cun melecun di sebelahnya ini jadi heroin. Pergghh! Memang dia tak boleh bayanglah respons penonton macam mana. Tapi kalau dilihat daripada pandangannya, sesuai sahaja Farah Aulia dan Adam Hariz digandingkan bersama. Sama cantik, sama padan!
Berkerut dahi Farah Aulia. Adam Hariz? Siapa? Kalau artis baru nak merangkak, tak payahlah akak. Buat rosak cerita aje. Pelakon baru ni bukan semua boleh pakai. Ada rupa, talent takde pun tak jalan. Buat rosak cerita aku je! Awal-awal lagi aku dah plan nak bagi watak hero tu dekat Hairul Azreen. Dan kalau dah Hairul Azreen jadi hero, watak heroin haruslah jatuh ke tangan Farah Aulia. Tu pun kalau Ahmad Idham dah ketandusan heroin la...
**********
BUKAK Ria!
Berkerut dahi Farah Aulia membaca mesej daripada Hanis. Sejak bila pulak la budak Hanis ni buat part time jadi promoter Astro ni? Elok je semalam si Hanis paksa dia tengok Tarzan dekat Disney HD. Haru sungguh kawan dia sorang tu!
Awat? Ada apa?
Bukak ajelah!
Hish, banyak soal pulak minah ni! Dah orang suruh bukak tu, bukak ajelah! Susah sangat nak belajar mendengar arahan...
Fine!
Apa yang susah sangat dia nak bagitahu pun aku tak tau. Remote controller di atas meja dicapai. 104! Kalau drama Indon aku karate kau Hanis!
"Kau akan terima balasannya!"
Pang! Serentak dengan kata-kata berbaur amaran daripada gadis seksi itu, suatu tamparan hinggap di pipi jejaka tampan. Ni drama apa pulak dah Si Hanis suruh aku layan ni? Buat serabut otak aku je main lempang-lempang ni!
Eh? Kejap! Mamat hensem yang kena lempang tu muka macam familiar tersangat. Sangat-sangat familiar. Macam aku dah kenal sangat-sangat walaupun aku sememangnya stok yang tak minat drama Melayu.
Macam kenal kan hero dia?
Hah, kan? Bukan aku je rasa macam tu. Hanis pun sama!
Yelah, dah org tu terkenal. Memanglah kau kenal!
Mangkuklah kau! Cer tengok betul-betul. Tu kan Adam!
Adam? Adam mana? Tengku Adam Kamil? Hoi, terlebih dos novel la kau ni! Erm...Adam... Adam... Adam... Nama Adam disebut berkali-kali sambil matanya merenung wajah lelaki di kaca televisyen. Hah! Adam Hariz?! Jatuh rahang bawahnya. Gila! Dapat jugak mamat drama king tu jadi pelakon ye? Haha...
Terus terswitch on mode memory lane dia. Terkenangkan zaman belajar di Kolej Harmoni. Terkenangkan saat pertama bersua muka bertentang mata dengan drama king yang sorang tu.
Memori Adam Hariz versus Farah Aulia.
And the flashback begins...
"Okay class, hari ni kita akan lantik class -rep. Any suggestions?"
Rata-rata pelajar saling berpandangan. Ada yang tersengih nak cadangkan nama crush masing-masing. Ada yang tersengih tak tau nak pilih siapa. Farah Aulia dan Hanis saling berpandangan. Masing-masing beriak nakal.
"Adam Hariz."
Serentak mereka bersuara. Senyum masing-masing dah sampai ke telinga. Biar padan dengan muka mamat con tu. Mesti tak boleh carry punyalah tugas tu. Either dia lepas jawatan class -rep tu or dia lepaskan title con dia tu. Dan kalau dia cerdik dia akan jadi class -rep merangkap ex-con. Kalau tak cerdik tak tahulah...
"Any objections?"
Para pelajar saling berpandangan.
"I object!"
Semua beralih pandangan ke arah suara itu. Miss Lee buat derk.
"Any other objections? Other suggestions?" Miss Lee masih membuka ruang bagi pelajar-pelajarnya memberi pandangan dan saranan.
"I object!" Sekali lagi suara sumbang itu membangkang.
"You already objected! And you're not suppose to say a word anyway!" bidas Farah Aulia. Satu kelas tergelak mendengar kata-katanya itu. Adam Hariz merah wajahnya menahan geram.
"Okay class, quit that," Miss Lee mula masuk campur meredakan tawa pelajar-pelajarnya. Apabila semua pelajar sudah kembali tenang, dia bersuara lagi, "If there's no other objection or suggestions, that's it. Adam Hariz, you'll be the class-rep for the semester."
Farah Aulia tersenyum puas. Seronok boleh mengenakan musuh tradisi sejak zaman 'setahun jagung' lagi tu. Adam Hariz mencerun pandangannya memandang Farah Aulia dan Hanis yang asyik berhigh-five tak ingat dunia itu.
"Only and only if Farah Aulia assists me!" tegas Adam Hariz bersuara. Dia bukak statement maut apa pulak ni? Farah Aulia pandang Miss Lee yang sudah terangguk-angguk seolah-olah setuju dengan permintaan Adam Hariz.
"Great idea."
Mampus aku!
"Any objections?"
"No!!!"
Farah Aulia menjeling tajam Hanis yang sedang bersemangat waja menyatakan bahawa mereka sekelas tiada bantahan.
"Kau nak mati kena bunuh?" bisik Farah Aulia separuh mengugut.
Dan hari-hari mendatang, seluruh kelas haru-biru dengan pelbagai 'tragedi' yang terjadi gara-gara class-rep dan assistantnya asyik nak 'balas dendam' antara satu sama lain. Lantak kau oranglah, nak sangat class-rep con dengan assistant ex-con macam kita orang, tanggunglah sendiri!
p/s :
- con ; convict
- ex-con ; ex-convict
- class-rep ; class representation
No comments:
Post a Comment