By : Leeya Shuib
"ADAM, letak tangan dekat pinggang Fiya," arah jurukamera itu. Tangan Adam Hariz pantas melingkari pinggang ramping itu. Dia langsung tidak kekok beraksi mesra begitu. Seperti sudah biasa. Dasar buaya! Dan Fiya sendiri tidak menolak, bagaikan rela diperlakukan begitu. Kedua-dua tangannya sudah berpaut pada leher lelaki itu. Perempuan ini pun...
"One more," arah jurukamera itu lagi. Adam Hariz dan Fiya berpelukan lagi tetapi dalam posisi yang berbeza. Bibir Adam Hariz begitu dekat dengan telinga Fiya seperti ingin membisikkan sesuatu manakala Fiya memandang tepat ke arah kamera. Posisi yang amatlah tidak bertamadun dan kurang nilai ketimuran!
"Done!" Jurukamera menepuk tangan. Seronok agaknya tak perlu merakamkan aksi mesra tak ingat pasangan pelakon itu. Sebenarnya, dia sendiri rasa kelakar dengan gambar-gambar yang diambil. Tajuk artikel, 'Kami Hanya Kawan' tetapi berposing kalah orang nak hebah rancangan perkahwinan. Lawak Antarabangsa Majalah Ujang pun kalah!
"Here," Fiya menghulurkan sebotol air mineral kepada Adam Hariz. Dia tahu lelaki itu penat. Baru habis shooting di Kuantan, terus bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk sesi photo shoot mereka petang itu. Kalau dia sendiri pun, entah-entah dah pengsan on the way balik KL.
"Thanks." Botol mineral bertukar tangan. Usai membuka penutup botol, dia meneguk rakus air mineral itu bagi meredakan rasa dahaga. Kemudian dia menarik nafas panjang, gaya atlit olahraga baru lepas lari pecut. Boleh nampak betapa penatnya dia.
Fiya merapatkan dirinya dengan Adam Hariz. Bibirnya mengukir senyum menggoda yang hanya dia tahu maksudnya. Dia menyeka peluh di dahi Adam Hariz dengan sehelai tisu. "Kesian you kan, mesti penat. Dari Kuantan kena drive balik sini. Kalau I lah..." ayatnya dibiar tergantung di situ.
Adam Hariz turut sama mengukir senyum. Senyuman yang mempunyai kuasa pencairan hati 70 juta megawatt. "I okey je, asalkan dapat jumpa you." Ceh, dasar kasanova! Nampak awek cun terus hilang kau punya penat! Fiya dah ketawa galak. Betullah makhluk bumi dua orang ni, kata kawan tapi ayat yang keluar daripada mulut masing-masing dah boleh buat kontroversi, tak selari.
"Ye la tu. Eh, you ada program tak lepas ni?" soal Fiya.
"Kenapa, you nak ajak I dating ke?" Adam Hariz sengih nakal. Fiya menjelingnya manja.
"I nak ajak you lunch."
"Well, sepatutnya I kena dating dengan anak raja tapi you punya pasal, I cancel ajelah date tu."
Fiya dan Adam sama-sama ketawa. Ye lah sangat tu! Berani ke dia batalkan date dengan anak raja kalau betul ada? Silap-silap esok keluar berita, "Artis Baru Nak Up Mati Kena Pancung!" Kalau betul jadi macam tu, Fiya rasa dia orang pertama yang pengsan.
Fiya dan Adam Hariz bergerak ke kereta masing-masing. Nasib baik hari itu mereka datang asing-asing, kalau tidak makin bertambahlah dosa mereka sepanjang perjalanan ke restoran itu. Mana tidaknya, kalau depan orang pun boleh peluk-peluk, belakang apatah lagi...
**********
"FARAH, tolong buatkan I Milo."
What the...??? Muka aku ni ada rupa kau punya tea lady ke Encik Raycarl oii? Masa apply kerja dulu pun aku tak rasa aku ada letak ayat penyata konon aku pandai bancuh Milo dalam resume aku. Lagi pun, tu kan kerja tea lady dia, apa kait-mengait dengan aku?
"Kak Nila mana? Kenapa tak suruh dia aje?" Amboi, hebat kau melawan bos ya?
"Kak Nila cuti la hari ni. Sebab tu I minta tolong you."
Berkerut dahi Farah Aulia. Mengada gila! Dah tahu Kak Nila cuti, pergi ajelah bancuh sendiri. Bukan susah pun! Susah-susah sangat, Kak Zura setiausaha dia tu kan ada? Tapi dah kita ni kuli, ikut ajelah cakap bos.
"Oh, ni kena bayar lebih ni," seloroh Farah Aulia. Raycarl senyum. Farah Aulia bangun menuju ke pantri manakal Raycarl menuju ke ruang pejabatnya.
"Oit, curi kerja akak ke?" Di pantri, ada suara menegurnya. Macam kenal aje suara ni. Dia berpaling. Kak Nila?!
"Eh, akak bukan cuti ke?" spontan soalan itu keluar daripada mulutnya. Kak Nila yang mendengar pantas menggaru kepala yang tidak gatal. Bila masa aku cuti?
"Bila masa akak cuti?"
Giliran Farah Aulia pula menggaru kepala. "Encik Raycarl cakap..." Dia tipu aku ke?
Kak Nila tergelak besar. Entah apa yang lawak pun dia tidak pasti.
"Dia saja la tu nak manja-manja dengan Farah," tembak Kak Nila dengan tawa yang masih bersisa. Dia nak manja-manja dengan aku? Okey, yang ni lawak! Hahaha...
"Ada je akak ni. Nah, akak tolong hantarkan dekat dia, Farah ada kerja ni."
"Hish, taknaklah akak. Dia minta daripada Farah kan, nanti tak pasal akak kena marah."
Huh, alasan! Tapi kalau nak diikutkan, cuma Farah Aulia je yang tak takut pada Encik Raycarl, yang lain semua menikus dengar nama tu. Farah Aulia pamit dengan Kak Nila. Langkahnya pantas diatur ke bilik pejabat Raycarl. Ada perhitungan nak dibuat!
"Thanks dear," ujar Raycarl sebaik sahaja mug berisi Milo itu diletakkan di atas meja. Farah Aulia mencebik.
"Thanks je?"
"Dah tu you nak I kiss you?"
Eiii, mengada mamat ni!
"Say sorry la!"
"What for?"
"You tipu I!"
Berkerut dahi Raycarl. Tipu? Bila masa aku... Oh, Kak Nila! Dia senyum memandang wajah masam Farah Aulia. Dia bangun, mencapai tangan Farah Aulia. Farah Aulia tergamam dua minit. Kali pertama tangannya bersentuhan dengan lelaki bukan mahram. Tangannya cepat-cepat ditarik sebelum sempat ciuman Raycarl mendarat di tangannya. Melampau!
"Farah, I..."
"I nak sambung buat kerja."
**********
SEJAK kejadian hari itu, hubungan Farah Aulia dan Raycarl terus renggang. Di pejabat, dia sehabis mungkin meminimumkan kadar pertembungannya dengan Raycarl. Di luar waktu pejabat, langsung dia tidak berhubungan dengan lelaki itu. Setiap panggilan telefon daripada lelaki itu tidak diendahkannya. Mesej yang dihantar dibiarkan tak berbalas.
"Farah," panggil suatu suara. Farah Aulia berpaling. Fawwaz! Bibirnya pantas mengukir senyum.
"Fawwaz. You buat apa kat sini?"
"Jogging..." usik Fawwaz.
Farah Aulia tertawa kecil. "Okey, soalan bodoh! You datang dengan siapa?" Memang soalan bodoh, dekat Pizza Hut buat apa lagi? Direct selling?
Fawwaz senyum. "Tahu pun. Haha. Sorang je. You?"
"Sorang juga."
"May I join you?"
"Silakan."
Mereka berjalan beriringan ke sebuah meja. Menu yang disediakan dibelek. Selesai membuat pesanan, mereka sambung berbual.
"Boyfriend you tak marah ke you lunch dengan I ni?" soal Fawwaz. Matanya meliar memerhati sekeliling, bimbang tiba-tiba diserang oleh kekasih hati Farah Aulia. Tetapi, tetap dia terlepas pandang sepasang mata yang begitu panas memerhatikan kemesraan mereka. Sekejap-sekejap ketawa, lelaki mana tak cemburu melihat buah hati beraksi begitu dengan lelaki lain.
"Tadi masa you offer diri nak teman I makan, you tak nak tanya pun," balas Farah Aulia selamba. Ketawa antara mereka pecah lagi.
"Takdelah, I ni mana ada boyfriend. Takde orang nak."
"Tipulah tu. You je yang jual mahal kut."
"Habis, you nak I jual murah ke?"
"Eh, bukanlah macam tu. You ni..."
"I tunggu you, you diam je..."
Fawwaz memandang wajah cantik Farah Aulia. Dia ni biar betul? Ke saja nak gulakan aku?
"You ni..." Belum sempat ayatnya dihabiskan, satu tumbukan padu hinggap di pipinya sehingga menyebabkan dia terjatuh daripada kerusi.
"Raycarl, you dah gila ke?" Farah Aulia menolak kasar tubuh Raycarl. Dia tunduk membantu Fawwaz. "You okey?" Tisu di atas meja dicapai lalu digunakan untuk menyapu darah di bibir Fawwaz.
"Ikut I balik," dingin Raycarl bersuara. Tangan Farah Aulia ditarik kasar.
"Tak nak! Lepaslah!" tengking Farah Aulia. Ni apa kes? Dah suka-suka hati tumbuk kawan aku, ada hati nak paksa aku ikut dia!
"Bro, benda boleh bincang kut..." ujar Fawwaz tegas. Dia sendiri tengah panas melihat gadis kesayangannya dikasari. Tetapi dia tahu, tiada gunanya melawan api dengan api. Yang ada, dengan dia, dia sekali terbakar.
"Kau diam! You jangan degil Farah, lunch hour dah habis!"
Ewah! Nak guna kuasa veto dia sebagai bos pulak? Tapi kat sini bukan pejabat. So, kuasa veto you tu tak valid kat sini!
"I taknak!" Farah Aulia masih berdegil.
"Farah, you jangan sampai I..."
"What? You nak pecat I? Tak payah! Mulai sekarang, I quit!" Itu keputusannya! Muktamad! Tiada kompromi!
"Jom Fawwaz, I bawa you ke klinik."
Farah Aulia dan Fawwaz berlalu meninggalkan Raycarl yang terpinga-pinga. Dia hanya memandang kelibat dua manusia itu dari jauh. Raycarl meraup kasar rambutnya. Damn! Apa aku dah buat ni? Dia yakin, impiannya untuk menawan hati gadis itu semakin jauh dari gapaian tangannya.
**********
DI sebuah bangku kayu di sebuah taman permainan, Farah Aulia duduk, tunduk merenung rumput. Dia sekarang sedang kusut memikirkan masalah yang sedang dialaminya. Baru dapat kerja tak sampai sebulan, dia sudah kembali menganggur. Siapa yang tak serabut? Dalam hatinya pula masih bersisa rasa kesal pada Raycarl, bos barunya yang tidak profesional itu.
Aiskrim dihulur kepadanya. Farah Aulia mendongak. Fawwaz?
"You buat apa kat sini? I ingat you dah balik ofis?"
"Tinggalkan you sorang-sorang kat sini? Tak sanggup I."
Farah Aulia dan Fawwaz saling berpandangan. Masing-masing mengukir senyum. Tawar dan pahit. Farah Aulia tunduk. Dia malu pada Fawwaz.
"Tadi tu... Dia tu... Sakit tak?"
"Taklah, I kan hero. Tak rasa apa pun. You yang beria paksa I pergi klinik. Sayang sangat dekat I."
Farah Aulia tarik senyum segaris. "Sorry and thanks."
"No biggie." Dipandangnya wajah mendung Farah Aulia. Farah Aulia tunduk, kembali melayan perasaan. "Hei, cairlah aiskrim tu nanti," tegur Fawwaz separuh menjerit.
p/s : Bila nak habis? Good quest. Secepat mungkin. Dah tak larat nak perah otak. Lepas ni nak sambung belajar lagi. Adoyai...