Thursday 25 April 2013

Ada Cinta Antara Kita (2)




Bab 2

     Adam menekan punat telefon, lalu dicarinya nombor telefon emak gadis tadi di dalam phone book. Pantas didailnya nombor telefon yang tertera nama 'ibu' itu. Setelah beberapa saat, panggilannya itu berjawab.

     "Assalamualaikum mak cik.."

     "Waalaikumsalam... Siapa ni." balas Puan Zati pendek.

     "Aaaaa... Mak cik, anak mak cik tertinggal telefon di rumah Tok Wan Suid tadi. Kami dah cuba panggil, tapi mak cik tak perasan." Jelasnya dengan wajah berkerut. Dipandangnya wajah Tok Su Melah yang beriak risau.

     "Ohh betul ke? Ya Allah cuai betul si Farrah ni."

     "Macam mana dengan telefon ni mak cik? Mak cik nak saya hantarkan ke?" Pantas Adam membuat cadangan.

      "Boleh aja. Apa nama nak? Boleh mak cik tahu?"

      "Nama saya Adam, Adam Mikhail."

      "Ohhh Adam! Anak arwah Kak Fatimah ke?"

      Tersentak Adam di situ. Mak budak tadi kenal aku ke? "Haah mak cik, betul lah tu." Balas Adam sesopan yang mungkin.

      "Patutlah tadi makcik macam kenal kamu dengan ayah kamu aja.. Tak apa, dah lewat ni. Adam datanglah ke rumah mak cik esok pagi. Boleh mak cik masakkan sesuatu untuk Adam."

      "Eh? Susah-susah aja mak cik ni. Esok pagi saya datang ye mak cik. Okey lah, Assalamualaikum."

      "Waalaikumsalam..."

      Gagang diletak.

      Adam kaget. Dia lupa hendak bertanyakan alamat rumah mak cik tadi. Hampir sahaja dia menepuk dahi.

      "Tok Wan kenal tak siapa tadi tu, yang rajin sapu air tadi?"

      "Kenal, kenapa?"

      "Rumah dia kat mana ye?"

      "Oh, rumah dia yang atas bukit dekat simpang tiga tu.."

       Adam berfikir sebentar. Jarinya mengurut-ngurut dagu. Dia mengangguk ke arah Tok Wan sebelum melabuhkan punggungnya di atas lantai. Memang dia tahu rumah tu dimana. Siapa yang tak tahu? Anak businessman tu. Rumah besar tersergam indah di atas bukit. Adam menelan air liur. 'Larat ke motor vespa aku nak daki bukit esok?' Fikir Adam dan tidak lama selepas itu dia mula mengukir senyum. Digenggamnya telefon bimbit itu kejab-kejab di dalam tangannya.

     "Oh, kat situ rupanya.. Tak apalah Tok Wan, bagi saya pegang telefon ni. Esok saya hantarkan ke rumah dia."

*******************************************

     Kringggg Kringggg

     Telefon bimbit milik Puan Zati berdering. Dijeling anak bongsunya yang masam mencuka dari tadi. Entah apalah yang menganggu fikiran anak perempuannya itu. Keretanya diberhentikan di bahu jalan. Agak terkejut dengan nama pemanggil, Puan Zati sekali lagi memandang ke arah Farrah. Dicuitnya bahu Farrah dan skrin telefon dihalakan kepadanya. Nama Farrah tertera di skrin telefon. Riak muka Farrah berubah, terkocoh-kocoh dia menyeluk saku seluarnya, memeriksa beg tangannya, malah dia memeriksa beg milik ibunya yang berisi minyak gamat dan botol-botol mineral juga namun kecewa. Tak ada!

     'Takkan aku tertinggal telefon kat rumah Tok Su Melah kot?'

     Ibu mengelenggkan kepalanya. Aku hanya mampu memandang ibu dengan risau. Telefon, ah! Sekarang telefon dah menjadi sebahagian daripada darah daging aku. Kalau telefon aku hilang, samalah ertinya seperti aku hilang tangan, hilang kaki. Sukar betul hidup tanpa telefon disisi. Lagipun... Lagipun sekarang aku sedang berSMS dengan sesorang.. Macam mana kalau Tok Su Melah tahu? Habislah dihebohkannya kepada ibu. Habislah!

     "Ohhh Adam! Anak arwah Kak Fatimah ke?"

     Adam, siapa pula Adam? Budak sengal tadi ke? Yang asyik pandang aku tadi?

     "Patutlah tadi makcik macam kenal kamu dengan ayah kamu aja.. Tak apa, dah lewat ni. Adam datanglah ke rumah mak cik esok pagi. Boleh mak cik masakkan sesuatu untuk Adam."

      Apa? Esok? Siap ajak datang rumah lagi.

     "Ibu suruh dia hantar sekarang la ibuuuuu," pujuk Farrah sambil menggoyang-goyangkan tangan ibunya.

      Ibu mengeleng berkali-kali, jarinya menekan butang merah.

     "Farrah sedar tak yang Farrah dah menyusahkan orang? Nasib baik Adam tu nak tolong hantarkan hand phone kamu tu, kalau tak, jangan harap ibu nak patah balik. Pukul 6 petang dah ni, lewat dah. Takkan nak suruh dia datang sekarang?" Marah Puan Zati.

     "Alaaaa ibuu..." Muncung sahaja mulut Farrah. Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa telefon itu tidak berada dalam simpanan Tok Su Melah, itu pun sudah cukup untuk melegakan hatinya. Farah bersandar, cuba menenangkan hatinya. Tambah lagi, telefon bimbitnya itu hampir-hampir kehabisan bateri. Dia lebih tenang kini, namun dia tidak putus-putus berdoa. Takut sungguh Farrah jika ada orang memeriksa telefon bimbitnya itu.
 
*******************************************

     Pukul 11.30 malam, Adam tidak tidur lagi. Sukar betul dia hendak melelapkan mata malam ini. Dia mengiring ke kiri memandang dinding bercat hijau, ditutup matanya rapat-rapat namun dia tidak juga dapat melelapkan mata. Dikerlingnya jam yang tergantung di dinding sebelum mengiring ke kanan pula. Telefon Samsung Galaxy Note yang terletak elok di atas meja studinya dipandang tak berkelip. Tanpa disedarinya, badannya sudahpun bergerak menuju ke meja studinya.

     Dia menegakkan badan dan duduk di birai katil. Telefon itu dicapainya. 13 missed calls, 23 text messages, 10% battery left. Telefon itu disetkan dalam mod senyap, patutlah dia tak dengar apa-apa. Tiba-tiba tangan Adam terasa gatal. Dibeleknya telefon berwarna merah jambu itu. Rasa ingin tahu dalam hatinya mula menebal. Siapalah yang menelefon gadis itu 23 kali malam-malam buta ni? Pakwe ke?

     Ibu jarinya mula menekan-nekan punat telefon. Dia mula membuka pesanan ringkas milik gadis itu. Anak matanya bergerak-gerak membaca mesej yang tertera. Satu demi satu dibacanya. Riak mukanya berubah. Dadanya berombak kencang. Dia mula tak senang duduk. Mesej yang diterima daripada Razeef Rashid dibaca berkali-kali. Telefon itu digenggam, ditekannya kuat ke atas tilam. Geram. Dihenyakkan badannya ke atas katil. Tangan kanannya meraup muka. Tak sangka. Sungguh dia tidak sangka.

    Mesej daripada Razeef Rashid dibukanya lagi, dibacanya dua tiga kali sebelum dia beristighfar. Mesej berbaur lucah itu membuatkan darahnya berderau. Tarikh, masa dan port juga tertulis di dalam pesanan ringkas itu. Namun, pesanan ringkas itu bukan ditujukan buat Farrah, sebaliknya untuk seorang perempuan bernama Noura. 22 pesanan ringkas yang selebihnya, ialah permohonan maaf daripada lelaki bernama Razeef Rashid itu kepada Farrah. Matanya ligat membaca mesej yang selebihnya.

     "I'm so sorry Farrah, I'm not the one who wrote that text. Kawan I main-main dengan I tadi."

     "Farrah, you know me right. I'm not that kind of guy.... T^T"

     "Farrah, please, at least pick up the phone.."

     "Sampai bila you nak menyombong dengan I hah Farrah? Please reply my text. I can explain."
   
     "Farrah, please forgive me..."

     'Razeef Rashid...' Nama tersebut disebut.

      Bingkas Adam bangun dari katilnya. Destinasinya, bilik tidur ayahnya, Encik Rahim.

      Pantas Adam mengatur langkah. Tanpa sebarang ketukan di pintu, Adam meluru masuk selepas pintu yang tidak ditutup rapat itu dikuak. Nasib baiklah ayahnya tidak tidur lagi, kerja yang masih belum selesai memaksanya untuk bersengkang mata. Encik Rahim yang sedang mengadap laptop itu terus berpaling. Terkejut barangkali. Namun dia menarik nafas lega apabila melihat susuk tubuh Adam di hadapannya.

     "Adam, kenapa ni. Terjah bilik ayah malam-malam ni? Nasib baik ayah tak kena sakit jantung tadi," gurau Encik Rahim sambil mengurut-ngurut dadanya.

     Adam masih lagi bermuka masam. Dia bergerak mendekati ayahnya. "Ayah, tengok ni." Dihulurnya telefon Samsung Galaxy Note berwarna merah jambu itu kepada ayahnya. "Ayah bacalah."

     Walaupun hairan, telefon tersebut tetap disambutnya. Terbeliak mata Encik Rahim. Wajahnya terus berubah usai sahaja dibacanya pesanan ringkas tersebut. Berkerut-kerut dahinya. Cermin mata yang dipakainya dibuka, tangan kanan Encik Rahim memegang dahi.

     "Kita kena buat sesuatu ni, ayah. Razeef dah melampau."

     "Kamu yakin ini betul-betul Razeef? Mana tahu kalau-kalau orang lain?" Tegas ayahnya. Walaupun Encik Rahim sudah sedia maklum akan perangai anak buahnya itu, dia perlu berhati-hati. Dia tidak mahu menuduh orang yang tidak besalah. Walau bagaimanapun, satu keluarga kenal Razeef Rashid, anak abang sulungnya yang berlagak romeo dan berkepala angin.

     "Adam dah buat cross check tadi, nombor telefon Razeef dalam mesej tu sama dengan nombor Razeef yang saya simpan ayah," Tegasnya sambil menghulurkan telefon miliknya kepada Encik Rahim sebagai bukti. Betul, nombor telefonnya sama. Encik Rahim mengangguk.

      "25 haribulan? Hmm, ayah setuju Razeef. Kita perlu buat sesuatu. Lagi satu, ayah perlu tanya, ni telefon bimbit siapa Adam?"

      "Ayah ingat tak budak perempuan yang menyapu air......" Tanpa sempat Adam menghabiskan ayatnya, Encik Rahim terus menyampuk.

      "Ya Rabbi, ayah kenal ayah dan mak budak perempuan tu Adam... Astaghfirullahalazim.. Tak sangka.. Budak baik yang menjadi mangsanya kali ni.." Telefon berwarna merah jambu itu berpindah tangan.

      "Dia tertinggal telefonnya di rumah Tok Wan tadi..." Jelas Adam.

      Encik Rahim mengangguk lalu membei isyarat supaya Adam balik ke biliknya. Kerja Adam di sini sudah selesai. Sebelum Adam pulang ke biliknya, gambar kesemua 23 pesanan ringkas itu diambil menggunakan telefon bimbitnya dan juga kamera DSLR milik ayahnya. Bukti perlulah sahih dan jelas. Salinan gambar itu turut diberikan kepada ayahnya. Usai bersalaman dengan ayahnya, dia terus berjalan menuju ke biliknya. Dikerlingnya jam dinding berwarna biru sekali lagi. 12 tengah malam. Diletaknya telefon berwarna merah jambu itu di atas meja. Tiba-tiba, telefon itu menyala-nyala.

     Nama Razeef Rashid terpapar di skrin telefon.

     'Razeef, kau ada perhitungan yang belum selesai dengan aku,' bisik hatinya.

     Diangkatnya telefon tersebut. Pantas telefon itu diletakkan di telingannya.

     "Hello, sayang... please forgive me..." Suara garau milik Razeef membuatkan Adam rasa mual. Bahasa Melayunya yang pelat membuatkan Adam semakin menyampah.

     "Sayang kepala hotak kau." Balas Adam, kasar. Sahih. Ini nombor telefon Razeef. Tidak silap lagi.

     Tersentak Razeef apabila mendengar suara seorang lelaki di hujung talian. Dijelingnya skrin telefon, betul, ini nombor telefon Farrah. Tapi kenapa orang lain yang jawab?

    "Hei, kau siapa hah. Awek aku mana?" Semakin panas hatinya bila Razeef kaki perempuan itu mengaku Farrah ialah teman wanitanya. Jari-jemarinya digenggam.

     "Ohh, ni kerja kau Razeef. Kau, sudah-sudahlah merosakkan perempuan. Takkan Farrah pula lepas ni?  Kau tolonglah tinggalkan Farrah. Dia dah jadi milik aku sekarang." Tegas Adam. Entah kenapa dia mengaku yang Farrah itu teman wanitanya. Ah biarlah, janji maruah wanita itu terjaga.

     "Eh siapa kau hah? Tunjuk samseng sangat? Kalau jangan menyesal kalau apa-apa jadi kat Farrah tu... Kau tahukan aku ni......"

     "Kau tu apa, setan? Dajal? Samseng kampung? Hebat sangat lah title kau tu?" Potong Adam. Bibirnya diketap menahan marah.

     "Kurang ajar betul kau ye. Aku ulang, jangan menyesal kalau jadi apa-apa kat Farrah woi!" Gertak Razeef lagi.

     "Kau ingat aku takut? Aku ni Adam la.. Adam Mikhail. Aku sikit pun tak takut dengan kau lah. Lagak je lebih."

     "Adam? Kau rupanya! Jaga kau Adaaaaamm!" Suara Razeef sedikit kuat didengarnya sebelum talian diputuskan.

     Sesak nafas Adam. Jantungnya berdegup kencang. Dipanjatkan doa kepada Ilahi, harap-harap Farrah tidak diapa-apakan. Peristiwa gelap itu kembali bermain difikirannya. Adam terduduk. Tunduk dia memandang lantai. Jarinya menyikat rambut yang jatuh di dahinya. Nafasnya semakin berat. Kelopak matanya mula bergenang dengan air mata. Cepat-cepat diseka air mata itu sebelum jatuh. Siaplah kau Razeef! Jangan kau ingat aku dah lupa apa yang kau dah buat setahun lepas!

     Dipandangnya kalendar yang tergantung. Esok 23 haribulan. Beberapa hari lagi.

     Telefon merah jambu itu dicapai, Adam mengecas telefon itu sebelum lampu biliknya ditutup.

 *******************************************

No comments:

Post a Comment

Followers